UNIKNYA POLITIK KELANTAN

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….
Kerajaan Kelantan yg ditadbir oleh PAS selama 22 tahun cukup utk mematangkan pemimpinnya dan tidak ketinggalan rakyatnya juga. Sepak terajang politik Kelantan sudah sebati di dalam denyut nadi rakyat dan pemimpin. Saya membesar dalam perjuangan PAS semenjak Kerajaan Negeri Kelantan ditadbir oleh seorang Ulamak Haraki dan kini beliau masih gah mentadbir dan memimpin kerajaan dan rakyat jelata dgn penuh amanah dan berprinsip.

Namun perubahan senario politik semasa harus di ambil kira. Tiada orang yg sepatutnya boleh mendakwa hanya dialah yg terbaik sepanjang masa. Hukum Alam ada kitarannya tersendiri.  Pengalaman lepas dan bacaan politik masa hadapan seharusnya dapat dikuasai dengan baik oleh mereka yg sedang memimpin. 

Saya secara peribadinya amat gusar kerana senario pru 13 bagi negeri Kelantan yg dihadapi oleh PAS saya rasai agak berat berbanding senario 2004 yg dihadapi oleh PAS. Namun tindakan dan gerak kerja di lihat masih di tahap minima walaupun berulang kali pimpinan cuba membuat gelombang kebangkitan dgn meramalkan tarikh pru 13 bermula bulan nov 11, mac, jun. Julai, september dan oktober 2012.  Saya melihat ianya di sambut sepi oleh petugas PAS di peringkat bawah khasnya UPU. 

Saya merasakan suasana ini cukup membimbangkan dan perlu ada sentuhan dari pimpinan utk petugas bawahan supaya semangat dan gerak kerja mereka meningkat menjelang pru 13 nanti. Secara sedarnya juga memang menjadi tradisi jentera akan bangkit sendiri apabila tiba masanya namun tidak salah jika pimpinan mengambil sedikit masa utk mengkaji suasana ini dan seterusnya mengubah pendekatan berpusat yg ada sekarang kepada pendekatan turun ke akar umbi bersama merasai denyut jantung petugas dan rakyat bawahan.

Disebut bahawa 30% calon muka baru akan membarisi calon di Kelantan. Adakah pengumuman ini mencukupi dan boleh di terima oleh rakyat khasnya pegundi atas pagar. Setiap ahli diingatkan untuk berkorban dan menerima sesiapa sahaja yg dicalonkan tetapi kepada pemimpin atau yb2 adakah sedia berkorban jika tidak dicalonkan dalam pru 13 nanti  ? Bagi saya angka 30% masih di bawah paras lulus periksa. Jika di tanya saya berapa % minima utk lulus tentulah jawapan saya 40%. Ini bererti 40 %muka baru harus ditonjolkan dan tidak semestinya di kalangan anak muda.

Saya dengan kapasiti yg ada telah berusaha memakkumkan kegusaran yg terpendam di jiwa kepada pihak yg berautoriti namun saya masih belum melihat satu inisiatif yg posiitf dan bersungguh sebagaimana yg di ambil oleh PAS semasa hadapi PRU 12 pd tahun 2008 yg lepas. Sudah semestinya inisiatif dan gerakkerja atau pun pendekatan yg hendak di ambil biarlah lebih baik dari persiapan 2008. Akhirnya saya mengharapkan agar tulisan ini mampu membantu meletakkan semula PAS dilandasan yg sepatutnya dan memastikan sekali lagi Kelantan menjadi milik PAS. Insyaallah.

image

image

image

image

image

image

Advertisements

PRK PERMATANG PASIR

4 Komen

Salam perjuangan,

SPR telah mengumumkan bahawa penamaan calon akan diadakan pada 17 ogos (Isnin) dan pengundian pula pada 25 (Selasa). Selain itu, tiada kompromi lagi untuk bangsal panas, perayu undi.  TPM Tan Sri Muhyidin Yassin berkata beliau mewakili BN akan mematuhi segala arahan dari SPR cuma beliau meminta SPR memantau perjalanan kempen pihak pembangkang. Sandiwara yang dilakukan oleh TPM ini seolah -olah cerita seorang pencuri yang bimbang di tuduh mencuri maka dia cepat-cepat menuduh orang lain sebagai pencuri. Memang dari pengamatan saya selaku rakyat bawahan, pihak yang sentiasa melanggar peraturan ialah pihak Kerajaan kerana mereka rasa mereka amat kebal dari undang-undang. Pihak mana yang menggunakan jentera Kerajaan untuk berdepan dalam setiap PRU atau PRK, pihak mana yang menggunakan wang bagi merasuah pegundi supaya menyokong mereka, pihak mana yang menggunakan media massa sebagai media kempen mereka ? pihak mana yang mengugut kakitangan kerajaan supaya menyokong mereka ? semua ini jelas kepada kita bahawa pihak mana yang telah melanggar arahan SPR dan pihak mana yang mematuhinya.

Saya tidak berani bertaruh tetapi saya cukup yakin jika UMNO BN bertanding sebagai anak jantan dengan tidak menyalahgunakan jentera kerajaan maka PR sudah lama memerintah Malaysia. UMNO/BN jangan bermimpi untuk memenangi mana-mana PRK atau PRU.  Sama-sama kita berdoa semoga semua pihak bersedia untuk bertanding secara anak jantan dan mematuhi segala arahan SPR dengan betul.

Kepada PAS dan Pakatan Rakyat, saya ingin mengingatkan supaya jangan merasa selesa dengan majoriti yang besar semasa PRU ke 12 baru-baru ini.  Saya melihat UMNO akan menggunakan strategi di MU baru-baru ini sebagai asas dengan membaiki segala kelemahan yang ada untuk berhadapan dengan calon PAS di PM nanti.  Soal calon yang di terima oleh rakyat mestilah menjadi kriteria utama, selain populariti seseorang calon tersebut.  Jika PM Datuk Seri Najib sudah memberi amaran kepada semua UMNO bahagian bahawa jawatan tidak lagi menjadi kriteria utama pemilihan calon sebaliknya penerimaan rakyat kepada seorang calon itu yang diutamakan sesuai dengan tema beliau iaitu rakyat diutamakan maka apa salahnya jika Pakatan Rakyat khasnya PAS sendiri mengguna pakai kaedah pemilihan calon seperti ini selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat itu sendiri.

MAAF.. KAMI ANTINAJIB

1 Komen

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…

Tahniah Najib. Demo meme ‘world’. hehe.

Kami sebenarnya tiada pilihan kerana sistem demokrasi negara yang diamalkan menentukan bilangan kerusi parlimen dalam memerintah negara , bukan undi popular. PM adalah dari parti majoriti (UMNO-BN) dengan perkenan YDP Agong. Meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada YDP Agong menongkah arus adalah tidak wajar.

Menentang Najib menjadi PM adalah hampir mustahil. Kami terpaksa menunggu sekitar 3 atau 4 tahun lagi merubah suasana. Namun takdir Ilahi yang menentukan pilihanraya kecil yang berlaku mampu menyampaikan sedikit suara rakyat. Awas… suara Rakyat adalah suara keramat!

Pilihanraya kecil mesti memberi isyarat yang jelas bahawa kami tidak senang dengan pelbagai tuduhan pada anda. Tentunya anda tahu, PM mesti membersihkan diri dari sebarang tuduhan melalui sistem yang diyakini, bukan dengan mengelak, menghalang dan melepaskan diri dari tuduhan tersebut. Seluruh dunia akan melihat rakyat Malaysia sebagai tidak bermaruah jika isyarat pilihanraya kecil tidak memperlihatkan penentangan dan kebencian rakyat Malaysia.

Rakyat di ketiga tiga kawasan mestilah menjadi nadi isyarat penentangan tersebut. Rakyat lain pula mestilah berusaha bekerja membantu pemilih di ketiga kawasan membuat pilihan yang tepat. Apa yang berlaku bukanlah perubahan pemerintahan Malaysia, ia hanya peralihan kepada seseorang yang lebih diragui lagi.

Pemimpin mestilah seorang yang bersih. Ia juga mestilah juga dilihat bersih. Najib bukan seorang yang dilihat bersih. Belum pernah berlaku dalam sejarah satu tuduhan yang terlalu berat kepada bakal pemimpin sebuah negara. Jika rakyat menganggap tuduhan itu perkara biasa dalam politik,ia isyarat betapa rendahnya moral dan akhlak rakyat yang bakal dipimpin beliau. Rakyat Amerika pun menolak bakal presiden yang ada skandal seks atau rasuah. Negara haram Yahudi juga tidak menerima pemimpin yang tidak dilihat bersih.

SEmoga rakyat di tiga kawasan bakal menjadi suara seluruh rakyat Malaysia dalam protes awal menentang kepimpinan PM yang dipalit berbagai tuduhan moral dan jenayah.

Dalam masa yang sama, tahniah Najib!

KABINET PAK LAH (UMNO MENANTI MASA..DI MUZIUMKAN)

Tinggalkan komen

ASSALAMUALAIKUM & SALAM PERJUANGAN..

“Beginilah nasib diriku yang malang..
ohh tuhan..
tak boleh bersenang lenang”

Malang sekali nasib PM, Paklah tersayang kepalanya pening, benaknya berkecamuk, mindanya buntu. Kalau dulu, semasa penamaan calon di negeri Kelantan, sudah ada 2 calon BN yang ingkar, menolak atau mungkin juga di istilahkan sebagai menderhaka, kini 2 timbalan menteri pula yang menolak perlantikan ke dalam kabinet barunya. Alangkah teganya mereka.

Ini menunjukkan PM sudah hilang taringnya, di mana wakil rakyatnya sendiri sudah berani untuk menidakkan setiap kata-kata Paklah. Di mana maruah Paklah? Kabinet baru PM dilihat cukup bermasalah. Semua orang Najib di ‘pancung’ tanpa kompromi lagi. Perlantikan Datuk Zaid hanyalah sekadar mengimbangi kekuatan Najib di Kelantan. Ianya umpama ‘membunuh’ UMNO Kelantan hidup-hidup. Datuk Zaid ialah satu-satunya peguam & makhluk berkaki dua yang berani menyaman hukum tuhan (HUDUD).

Jadi apalah yang sangat dibanggakan dengan peguam yang seumpama ini. Mampukah dia meneruskan agenda Hadhari Pak Lah bergandingan bahu bersama Ustazah Hadhari yang dilantik semula?

Sementara itu, Dato Muhamad Taib pula seolah-olah mengisytiharkan masa bulan madu & tidur Pak Lah & Jeane sudah berakhir. Kerana menurutnya, PM perlu diprogramkan supaya banyak turun berjumpa dengan rakyat dan mendengar sendiri masalah rakyat berbanding sebelum ini. Wajar sekali PM menumpukan kepada masalah dalam negara dan usahlah lagi ke luar negara sesuka hati!

Saya optimis akan timbul banyak lagi pergolakan dalaman hasil dari pengumuman kabinet semalam. Lihat sahaja kekeruhan di wajah Najib dan suaranya lemah semasa melontarkan komen. Ianya mengingatkan kita kepada wajah ‘bakal MB Kelantan’ dari Bachok yang memberikan komen kepada wartawan di malam kemenangan besar PAS Kelantan baru-baru ini.

Najib mungkin berduka ekoran penyokong kuatnya semuanya telah dicantas tanpa bersisa lagi. Yang tinggal hanyalah pendekar pondan lagi longlai si Hisyamuddin yang sering menghunuskan keris telanjangnya. Kesian-kesian. Apapun dengan pengumuman kabinet baru ini di lihat semakin membenarkan kata-kata Anwar Ibrahim :- Jalan ke Putrajaya Semakin Hampir!

Rakyat juga tidak sabar-sabar untuk melihat arus perubahan ini. Jika Barisan Rakyat betul-betul dapat menumbangkan BN dan memerintah Malaysia maka satu lagi sejarah akan terlakar di saat negara akan memasuki fasa 50 tahun kedua. Ayuh..teruskan keunggulan pentadbiran bersama dengan BR bukan lagi BN.

Pada masa itu, kita akan mengingati sejarah UMNO dan BN di muzium-muzium seluruh negara. Semuanya hanya tinggal kenangan. Mudah mudahan. InsyaAllah.

SALAM MAULIDURRASUL 1429

maulidurrasul.jpg

 

KEMENANGAN ADALAH ANUGERAH

Tinggalkan komen

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah, Baru-baru ini saya berkesempatan bercuti di Bukit Merah Laketown Resort, Perak bersama keluarga setelah beberapa minggu terpaksa ‘mengabaikan’ mereka demi kerana sebuah perjuangan.

TAHNIAH

Disini saya temui kedamaian, berkesempatan pula untuk mencoretkan sesuatu dalam blog yang merangkumi ulasan peribadi mengenai keputusan PRU 12 secara keseluruhannya. Sekiranya tulisan ini tidak tepat, saya mohon maaf dan pinta diperbetulkan. Sekiranya ianya berguna maka ambillah sebagai muhasabah serta panduan bersama untuk melayari bahtera perjuangan yang masih jauh dan berliku lagi.

Pertama sekali, tiada kata lebih bermakna selain setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT di atas anugerah yang diberikan sehingga PAS dan pakatan pembangkang memperolehi kemenangan luar jangka. Ianya diibaratkan oleh TG Nik Aziz ‘tsunami’ politik tanahair. Jutaan terima kasih kepada semua petugas, terutamanya Jentera Pemuda PAS Kubang Kerian khasnya serta semua petugas atas segala penat lelah, sanggup berpeluh malahan berselimut embun malam bagi mempertahankan kemenangan ini, dalam masa yang sama menjadi pembangkang yang kuat di Parlimen.

INGATAN

Kepada pimpinan yang terpilih menganggotai kerusi EXCO, sekalung tahniah juga dirakamkan. Ingatlah jawatan itu adalah amanah, maka laksanakanlah dengan sebaiknya. Janganlah terlalu ego & merasakan hanya pandangan kita sahaja yang betul, sehingga mengenepikan pandangan orang lain walaupun ianya di buat secara syura. Utamakanlah pandangan syura dalam memutuskan sesuatu perkara. Janganlah kerana anda seorang wakil rakyat, maka prinsip parti menguasai kerajaan langsung tidak dihiraukan.

Semua elemen-elemen ini boleh melemahkan parti dan sekaligus melukakan hati para pejuang yang telah bertungkus lumus siang & malam. Ingatlah jerih-perih mereka di bawah ini yang berkerja tanpa mengharapkan sebarang balasan, hatta walaupun sebatang balak atau sebarang jawatan tetap dan bergaji. Mereka cukup ikhlas dalam perjuangan ini. Tok Guru Nik Aziz juga pernah berkata mungkin individu yang melakukkan gerakkerja daftar pemilih akan masuk syurga dulu dari pimpinan yang berada di atas!

Waspadalah, kerana kealpaan kita setelah menang besar 1999 telah menghukum kita tahun 2004. Jangan ulangi lagi kesilapan itu sehingga memungkin rakyat akan mengajar kita kembali dalam PRU 13 yang akan datang. Nauzubillah.

 

resign.jpg

HARGAI PETUGAS

Ingatan saya buat semua. Janganlah terlalu lena dengan kemenangan. Gerakkerja berterusan perlu bermula dari sekarang. Perhatian & tumpuan yang lebih kepada pembinaan generasi pelapis harus di buat segera sebagai persiapan menghadapi PRu 13 dan seterusnya. Pengukuhan tarbiah kepada ahli dan penyokong merupakan perkara yang perlu, memandangkan betapa semakin sukarnya kita berjumpa dengan amilin yang akan mendahului kepentingan jamaah lebih dari kepentingan individu.

Begitu juga, para petugas yang mampu memahami tuntutan gerak kerja jamaah mesti dilakukan sepanjang masa bukan hanya tertumpu kepada musim PRU sahaja. Satu peruntukan dan modul khas wajib di bentang & diusahakan oleh satu jabatan, individu yang terlibat dalam merealisasikan perkara tersebut. Jika tidak, maka gerak kerja jamaah akan kembali lesu seperti biasa.

TSUNAMI

Perkara kedua yang ingin saya sentuh ialah, mengapa tsunami politik di Malaysia tidak terkesan di Terengganu ? Sebagai pandangan orang luar, saya rasa sudah sampai masanya kepimpinan PAS Terengganu di rombak bagi memberikan cahaya baru kepada rakyat. Sebagaimana kita mengharapkan Pak Lah akan meletakkan jawatan akibat kekalahan BN maka sepatutnya pejuang Islam lebih bertanggungjawab dengan apa yang berlaku di Terengganu.

Sedarlah, PAS bukannya milik kita tetapi milik semua pencinta Islam di dunia. Janganlah kerana kita, maka cahaya itu yang sepatutnya bersinar, tetapi terhalang. Apapun ini hanyalah pandangan peribadi saya.

Jangkaan saya juga dalam PRU 13 nanti, InsyaAllah Terengganu akan dapat dikuasai semula, tapi dengan syarat pimpinan negeri beserta JPN perlu di rombak, semua pihak perlu bekerja keras bermula dari sekarang lagi untuk gerakkerja daftar pemilih, bantahan dan tuntutan, menambahkan cawangan bagi setiap DUN, menarik pengundi atas pagar dengan pendekatan lebih lunak bukannya menghukum.

KERAJAAN CAMPURAN

Terlebih dahulu, saya ucapkan tahniah dan syabas kerana semua pimpinan BA semakin matang dan dapat mengatasi cabaran pembentukan kerajaan campuran dengan tenang walaupun ada pihak yang cuba melaga-lagakan. Sememangnya pembentukan sebuah kerajaan campuran adalah satu ujian yang cukup hebat. Pelbagai karenah boleh berlaku.

Sudah banyak keputusan yang di buat oleh pimpinan terdahulu yang pada awalnya seolah-olah merugikan jamaah namun akhirnya kita melihat hasilnya sehingga sekarang.

p/s Perjuangan memerlukan pengorbanan. Mungkin hasilnya tidak dinikmati oleh kita tetapi oleh anak cucu kita akan datang.

LET’S PICTURE TELLING THE TRUTH

1 Komen

munajatlast.jpgtgna-1.jpgpengundi-2.jpgpengundi.jpgpas-bagus.jpg

LAGI BUKTI UMNO TOLAK ISLAM..

4 Komen

umno_anti_islam01.jpgumno_anti_islam02.jpg

Older Entries