KERAJAAN BERKONSEPKAN “KELUARGA MALAYSIA”

Tinggalkan komen

Assalamulaiakum wrt. wbt.

Kembali lagi menulis setelah sekian lama meninggalkan alam blogger. Alam siber kini pantas berubah sehingga Facebook, Twitter, instagram menjadi medium utama untuk berkongsi pendapat berbanding blog. Namun saya gagahi juga untuk menulis pandangan personal saya mengenai isu-isu semasa negara yang berlaku….

Bermula 2018 hingga 2021 telah 3 kali Perdana Menteri Malaysia bertukar dari PM7(PH), PM8(PN) dan terkini PM9(PBN).

Kali ini PM9 DSIS mengetengahkan konsep Keluarga Malaysia sebagai trademark dan nampaknya mendapat reaksi yang positif dari semua masyarakat termasuk Pembangkang.

Kabinet yang diumumkan sebahagian besarnya muka-muka lama yang terbukti berprestasi tinggi untuk memacu Pelan Pemulihan Negara yang telah diumumkan oleh PM8 TSMY. Hanya segelintir muka baharu yang berkelayakan untuk mengisi tempat dan telah diperkenankan oleh YDPA.

Apa yang positifnya dari krisis kepimpinan negara dalam sebulan dua ini ialah 3 parti melayu Islam yang terbesar iaitu PAS, UMNO, BERSATU telah dapat bersemuka dan berbincang untuk mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi dan terbuku di dalam dada.

Semoga muafakat yang terbentuk ini akan kekal dan berterusan khususnya untuk berhadapan dengan PRU15 dan kembali menawan Putrajaya dengan majoriti yang lebih besar tetapi masih saling bergantung di antara satu sama lain. ibarat kata Yang Berat Sama di Pikul, Yang Ringan Sama Di Jinjing.

Pada pandangan saya secara peribadi ialah tempoh 100 hari pertama untuk menilai keberkesanan dan kualiti setiap kementerian berserta Menteri dan Timbalan Menteri yang di lantik adalah tempoh yang munasabah. Jika gagal maka sepatutnya rombakan kabinet dilakukan dan jika berjaya maka boleh diteruskan.

Tiga fokus utama kerajaan sementara ini ialah Kesihatan, Ekonomi, Keselamatan Rakyat selain kestabilan politik negara. Masa yang terhad ini hendaklah dimanafaat semaksima mungkin sebagai persediaan menghadapi PRU15.

Akhirnya saya berdoa ke hadrat Allah SWT semoga Kerajaan yang baharu di bentuk ini mampu bertahan sehingga kesihatan rakyat akibat pandemik Covid19 mencapai herd immunity 80% dan lebih banyak sektor ekonomi dapat di buka.

Sekitar Majlis Pecah Tanah Lebuh Raya Rakyat

1 Komen

Salam perjuangan,
Hari Isnin 7 rejab bersamaan 28 mei 2012 tercipta satu sejarah baru Kerajaan Negeri Kelantan di mana projek lebuh raya telah dilancarkan oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar di kg Berangan Mek Nab, Machang. Projek lebuh raya sepanjang 73km dianggarkan menelan belanja 2.3 billion di jangka siap dalam tempoh 3 tahun. Jarak masa yang lama diperlukan ialah kerana lebuhraya ini mempunyai ciri2 istimewa yg tersendiri. Antaranya ialah di buat dahulu dgn duit kontraktor dgn bayaran secara ansuran oleh kerajaan, sistem wakaf jalan diperkenalkan di mana setiap orang rakyat dan agensi kerajaan serta badan korporat digalakkan mewakafkan sebahagian dana untuk turut sama membiayai projek tersebut. Apa yang penting ialah ianya di bina dgn niat yg murni utk menyelesaikan kerumitan anak perantauan setiap kali pulang ke Kelantan. Mungkin timbul persoalan mengapa Kerajaan Negeri cuba membina lebuhraya sendiri? Sebagai jawapannya ialah kerana UMNO BN telah menafikan hak rakyat Kelantan apabila projek ini telah ditiadakan di dalam rmk 10 walaupun telah diangkat oleh kerajaan negeri setiap kali rmk di buat.

image

image

image

image

image

image

ROADTOUR DPPP KE KELANTAN

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…..
Hari ini dewan pemuda pas pusat mengadakan kunjungan ke negeri Kelantan utk melihat persiapan gerak kerja dppnk mempertahankan Kelantan.

image

image

image

image

MAKAN MALAM KUTIPAN DANA PRU 13 DPPNK DI I-CITY SHAH ALAM

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….
Antara pimpinan yg hadir ialah TGNA, DS WAWI, DR TSG…

image

image

image

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN KUBANG KERIAN KE 38

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…..
Mesyuarat agung pada hari ini dirasmikan oleh YB Salahuddin Ayub MP Kbg Kerian juga naib presiden pas pusat.  Pas Kubang Kerian telah berjaya melahirkan tokoh2 pemimpin yg berwibawa spt Mohamad Sabu, Dato Husam dan Salahuddin sendiri. Pemimpin akan datang dan pergi kerana itu adalah sunnatullah. Namun kita yang ada ini hendaklah meneruskan perjuangan yg diamanahkan kepada kita.

Kesediaan YB Salahudin menerima keputusan pimpinan utk beliau mengetuai jentera PAS bagi menumbangkan gergasi umno BN di Johor dlm PRU 13 menunjukkan keikhlasan beliau sebagai pemimpin dan sikap berlapang dada di atas keputusan jamaah.

image

image

image

Lebih 12 juta Pengundi Akan Tentukan Kerajaan Baru Malaysia : PR @ BN

1 Komen

Salam perjuangan..
Dengan pengumuman ini bererti mana pemilih baru yg berdaftar pada ST1/12 tidak layak mengundi pada pru 13. Angka lebih 12 juta itu tentunya melibatkan hampir 50% pegundi muda lelaki dan perempuan. Dengan maklumat media baru yg dicapai oleh mereka menjanjikan saingan yg sengit bagi PR@BN utk membentuk kerajaan baru Malaysia selepas pru 13. Demi pilihan terbaik utk sebuah kerajaan yg amanah,adil,bebas rasuah dan berkebajikan maka saya menyeru anak muda dan semua rakyat Malaysia marilah sama2 kita memilih PR sebagai parti yg akan memerintah Malaysia.
——————————————KUALA LUMPUR — Seramai 12,595,268 orang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 selepas nama mereka diperakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata jumlah pemilih berdaftar itu adalah daripada Daftar Pemilih Induk Tahun (DPT) 2010 dan empat DPT sepanjang 2011 mengikut Peraturan 22 (1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

DPT Suku Tahun 4/2011 bagi tempoh 1 Okt hingga 31 Dis 2011 mengandungi 259,590 permohonan untuk menjadi pemilih yang terdiri daripada 188,654 pendaftaran baru dan 70,936 pendaftaran tukar alamat pusat mengundi.

“Daftar ini akan diwartakan pada 20 Mac depan. Pewartaan ini melibatkan permohonan pendaftaran baru atau bertukar alamat pusat mengundi bagi bahagian-bahagian pilihan raya yang tidak terlibat dengan tuntutan atau bantahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagi pemohon yang nama mereka terlibat dengan bantahan, beliau berkata SPR menangguhkan pemerakuan permohonan itu sehingga selesai siasatan awam SPR keatasnya.

Sabri berkata sepanjang tempoh pameran Rang DPT ST4/2011 dari 8 hingga 14 Feb lepas, SPR menerima 804 bantahan yang melibatkan 17 bahagian pilihan raya Parlimen dan kesemua bantahan itu masih belum diselesaikan.

Kawasan yang terlibat ialah Jerlun dan Bandar Baru Kulim (Kedah), Bachok dan Ketereh (Kelantan), Marang dan Hulu Terengganu (Terengganu), Tanjong Karang, Gombak, Pandan, Hulu Langat, Serdang, Puchong, Subang, Shah Alam, Kapar dan Kota Raja (Selangor) serta Seremban (Negeri Sembilan).

Beliau berkata pemilih berdaftar dalam tempoh suku tahun berkenaan boleh menyemak maklumat pendaftaran mereka di talian 03-8885 6565 atau di laman web http://www.spr.gov.my atau melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip
SPRSEMAKNo Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 mulai 20 Mac ini. — Bernama

Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi

Tinggalkan komen

Salam perjuangan
Malam ini adalah malam terakhir bagi tahun 2011. Pelbagai kaedah utk menyambut malam terakhir 2011 Dan detik pertama 2012. Ada yang menyambutnya dengan pelbagai hiburan. Ada yg menyambutnya dgn dating bersama kekasihnya. Ada ygm menyambutnya dgn bersiar sambil makan bersama keluarga tercinta. Saya difahamkan ada program alternatif ygm dibuat utk memberi pilihan kpd anak muda utk memilih kaedah meraikan kedatangan tahun baru 2012. Program bersama ust azhar idrus Dan beberapa lagi penceramah  masyhur di Kuala Lumpur.

Di Kelantan pula kebetulan perlawanan bola antara red warior dan terengganu sedang berlangsung d stadium. Liga takraw piala yb dato tmb juga masih berlangsung di dewan jubli perak mpkb antara pasir mas dan bachok. Ada juga ditimbulkan bahawa usaha untuk merosakkan anak muda kelantan dengan kegiatan yg tidak senonoh di sebalik sempadan negeri. Ada segolongan ygm berkonvoi motor keep penang utk sambutan tahun baru. Apabila Di selidik bukannya anjuran kerajaan negeri.

Apapun anak muda harus punyai kekuatan minda dan jiwa utk hadapi cabaran duniawi sekarang ini. Han

image

ya mereka ygm kuat saja bisa melalui liku Dan ranjau sepanjang jalan. Anak muda harus sedar ygm management baik Dan buruk bagi mereka. Ayuh bangkitlah anak muda. Bebaskan negeri dari  Cengkaman penjajah yg berusaha merosakkan kamu. Pilihan Di tangan mu.  

PRU 13 : HARAPAN ANAK MUDA

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
Malam ini bersama jentera pemuda salor utk merencana dan melakar masa depan anak muda. Sebagaimana yg kita ketahui bahawa pengundi muda menjadi undi penentu kpd kemenangan sesuatu parti. Sejauhmana susunan utk memastikan kekuatan anak muda dapat digembelingkan utk menghadapi pru 13 nanti.

Perjumpaan mungkin satu kaedah yg ampuh utk diadakan bagi mengumpul anak muda. Namun cabaran yg besar ialah memastikan semua anak muda memahami dan mengambil tindakan sewajarnya utk memastikan PR akan memenangi dgn selesa pd PRU 13 nanti..

Undi Anak muda adalah undi penentu pd pru 13 nanti sebagaimana yg dipersetujui oleh semua pihak. Pengalaman gerak kerja anak muda d luar negara spt mesir, tunisia dll yg berjaya mengubah landskap politik sesebuah negara.

Peristiwa peperangan khaibar di bulan safar yg berakhir dgn kemenangan tentera Islam byk memberikan pengajaran kpd pejuang akhir zaman supaya melakukan persiapan zahir dan batin. Antara senjata yg ampuh ialah doa dan zikir.

SEMENTARA MATA MENGANTUK

Tinggalkan komen

Salam perjuangan..
Walaupun tubuh rasa letih tetapi mata belum mahu pejam. Kesempatan ini memungkinkan saya untuk update blog yg jarang2 di buka semenjak fb dan tweeter mengambil alih ruang mengemukakan hujah dan pandangan balas yang segera. Namun sebagai tidak menghampakan harapan peminat blog maka sesekali saya gagahi jua untuk mengemaskini blog ini.

Topik yang mula menjadi buah mulut sekarang ialah pru 13. Saya hadir satu wacana di Balai Islam Lundang yg turut bincangkan topik pru. Apa yang saya dapat simpulkan ialah sejauh mana persiapan PR lakukan utk menuju Putrajaya dan sekaligus mempertahankan 4 negeri yg diperintah. Contoh Kelantan saya amati suasana persiapannya seumpama pru 2004 di mana semua pihak rasa selesa dan tidak melaksanakan arahan dan tugas sewajarnya. Masing2 pihak mula mempersoalkan sumbangan yg gagal diberikan oleh ADUN. Mengapa fenomena ini terjadi lagi di saat PR sibuk menyiapkan diri utk menawan Putrajaya. Apakah belum cukup muhasabah 2004 utk dijadikan iktibar kpd semua pihak supaya sentiasa melakukan yg terbaik supaya semua pihak turut merasai nikmat kemenangan yg begaya 2008. Mungkinkah nikmat itu akan berulang lagi pru 13 nanti ? Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. PAS : Parti Aku Selamanya…

CALON BOLEH MENANG

Tinggalkan komen

image

image

image

Salam perjuangan,

Syukur masih boleh bertemu di alam maya. Semoga Allah memudahkan kita untuk sentiasa bertemu wlpn di alam maya.

Hari ini anaknda tercinta Ahmad Syahmi menghadapi peperiksaan UPSR sehingga hari Rabu.  Anaknda merupakan calon yang boleh menang bagi sekolah kebangsaan dewan beta. Insyaallah target untuk menang dan dapat 5A.

Mantan PM Dr Mahathir menasihati supaya Najib melewatkan sikit lagi tarikh pilihanraya kerana tidak yakin BN akan dapat menang selesa kali ini. Saya sebagai rakyat juga bersetuju dengan saranan beliau atas beberapa faktor :
1. Populariti Najib sudah menurun di mana menurut kajian merdeka center ianya agak menurun berbanding dengan tahun lepas.
2. Najib juga terlalu banyak isu yang melibatkan beliau iaitu isu pembunuhan wanita monggolia,isu rasuah kapal selam scorpion, isu keganasan kerajaan tangani bersih.
3. Najib juga mempunyai seorang isteri yg memberikan liabiliti kepada beliau bukannya semakin menguatkan beliau.
4. Kekuatan BN semakin berkurang dan susahnya untuk mengemukakan calon yang boleh menang kerana ianya akan melawan arus dengan kehendak parti dan akar umbi umno sendiri.
5. Hilangnya fokus dan arah tuju yg hendak dicapai oleh kerajaan Najib di mana slogan yg diwar-warkan hanya tinggal slogan spt 1Malaysia. Banyak pengumuman Najib yang masih tidak ada tindakan dan kesan yg positif kepada rakyat Malaysia cthnya KPI setiap kementerian yang diisytiharkan ke mana sudahnya?
6. Andai BN kalah dalam PRU ke 13 nanti maka akan tercatat sejarah bhw Najib adalah PM yg paling pendek dlm sejarah pemerintahannya berbanding PM umno yg lain.
7. Banyak lagi khazanah yg masih belum diterokai  dan banyak lagi kantung yg masih belum di isi oleh pm rosmah. Jika BN kalah maka kempunan lah pm rosmah nok merasainya.

Older Entries