MENUNGGU SEJUKNYA KOPI RADIK

1 Komen

image

image

Salam perjuangan,
Alhamdulillah syukur kita masih lagi boleh bertemu di alam maya ini. Oleh kerana media baru menguasai ruang maklumat terkini maka saya juga tidak terkecuali dari memanafaatkannya. Facebok dan tweeter menjadi medan saya untuk berinteraksi secara cepat,ringkas dan terkini. Jesteru itu medan blog ini menjadi sedikit terpinggir utk saya nukilkan beberapa pandangan dan pendapat peribadi yg tidak seberapa. Apabila ada kekosongan maka saya akan menulis artikel jika tidak maka blog ini akan terbiar tanpa di update. Jika pembaca ingin terus mengikuti perkembangan saya maka boleh ikuti saya di facebook (mohd nuri mat yaakub) dan tweeter (cikgunuri).

Ketika saya menulis ini ialah sesambil menunggu sejuknya air kopi radik yg saya order. Saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur kerana akan menghadiri satu mesyuarat pada pagi esok tetapi bertolak lebih awal hari ini kerana menemani sahabat perjuangan.  Insyaallah mungkin lebih bermanafaat.

Akhir-akhir ini kita dikejutkan dgn beberapa isu panas yg menggegarkan ruang maklumat Malaysia. Isu seperti Mat Indra dan Cukai Prepaid sungguh terkesan selain pembelian semula saham IWK oleh syarikat 1MDB. Semuanya ini menandakan saat pru 13 semakin hampir.  Kenyataan MAT INDRA BUKAN KOMUNIS dan tidak terlibat dengan serangan ke rumah pasung bukit kepong ada tercatat dalam tesis di Universiti Malaya menurut Dato Husam tetapi oleh kerana orang yang memerintah Malaysia sekarang juga adalah anak didik British maka sejarah ini tidak mampu dibetulkan semula melainkan setelah Pakatan Rakyat memerintah Malaysia selepas pru 13 nanti.

Isu cukai prepaid juga menimbulkan banyak persoalan kerana PM Najibmengatakan kementerian kewangan tidak pernah meluluskan cukai tersebut kepada Telco. Memanglah Telco tidak pernah memohon boleh jadi tetapi PM yg juga menteri kewangan telah mebgisytiharkan kenaikan government tax tahun lepas semasa pembentangan bajet 2011 bahawa cukai tersebut dinaikkan dari 5% kpd 6% berkuatkuasa tahun ini. Semua premis makanan segera dan restoren serta hotel di seluruh Malaysia secara automatik telh mengenakan cukai tersebut dan PM Najib tidak pernah meminta ianya dikaji semula dan mengatakan bahawa cukai tersebut tidak pernah diluluskan oleh kementerian kewangan. Mengapa pulak cukai prepaid ini perlu mendapat kebenaran Kementerian Kewangan. Selama ini cukai prepaid sudah dikenakan tetapi diserap dlm operasi syarikat boleh jadi syarikat ini hendak mendapat untung yang tinggi maka penggunalah yg sepatutnya menangung kos tersebut. Bagi perkhidmatan prabayar telah lama dikenakan oleh syarikat yg sama tetapi najib tak marahpun. Mengapa ada sikap double standard dalam hal ini ? Apakah BN bimbang rakyat akan menolak mereka khasnya golongan muda yg byk menggunakan prepaid ? Alasan cukai tersebut membebankan rakyat bukanlah alasan yang konkrit kerana memang rakyat telah terbeban dengan kenaikan gov tax tersebut cuma kerana syarikat telco ini lambat amalkan apa yang najib sebut dulu dan masa yg tidak sesuai kerana hampir dengan pru maka berkokoklah najib dan rais supaya di kaji semula kerana bebankan rakyat. PM nak tipu rakyat sekali lagi ko?

Sekarang rakyat perlu sedar, cukai tersebut mungkin akan ditangguhkan sementara sehingga pru 13 akan datang. Jika BN menang semula maka tunggulah kemunculan semula cukai tersebut dan pada masa tersebut PM Najib tidak akan peduli lagi kepada bebanan yang akan ditanggung oleh rakyat. Oleh itu jika rakyat tidak mahu cukai dan bebanan yang bakal di tanggung oleh rakyat maka rakyat perlu bertindak menjatuhkan BN dan mengakhiri sejarah pemerintahan BN yg zalim,rasuah,salahguna kuasa,korup dan penuh dengan kronisme. Marilah kita melakarkan sejarah baru Malaysia dengan kerajaan yg lebih berkebajikan dan adil serta sejahtera. Selain itu sejarah baru Mat Indra dan juga tokoh lain pun boleh dilakar semula

Menggalas Harapan Ummah

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
Alhamdulillah segala puja dan puji bagi Allah swt. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW yg mulia.. Syawal yg tiba dan bakal berlalu terkandung pelbagai kisah suka duka kehidupan manusia di alam ini. Segala denyut nadi rakyat mula dirasainya menjelang pru. Semakin dekat tempoh pru berlaku maka semakin dekat terasa denyut nadi rakyat itu. Semua pihak masing2 akan mendabik dada akulah juara rakyat. Fenomena ini kekadang seperti slot cerita yg sentiasa berlaku di sekitar tarikh pru.

Persoalannya mengapakah di saat akhir kita baru bersusah payah memenuhi kehendak rakyat dan kekadang permohonan yg melampau pun terpaksa dipenuhi krn rakyat adalah raja dan akan tentukan siapa yg mereka akan nobatkan sebg pimpinan. Ini menyebabkan ada pihak yg akan mengambil kesempatan mengaut keuntungan segera melalui limpahan projek mee segera semata2 utk memastikan undi rakyat tetap utuh menyokong mereka dlm apacara sekalipun.

Tidak dinafikan yg mendapat keuntungan adalah rakyat ttp jgn dilupa bhw kontrak jg akan dapat laba yg besar dr projek segera yg dilaksanakan. Proses membeli undi rakyat nampaknya seperti sudah menjadi amalan di dalam mana2 parti demi melihat kelangsungan jangka hayat sesebuah parti dan perjuangan.

PILIHANRAYA UMUM BILA-BILA MASA

Tinggalkan komen

image

image

Salam perjuangan,
Kenyataan PM bahawa pru 13 nanti boleh diadakan bila-bila masa tanpa perlu menunggu cadangan penambahbaikan dari jawatankuasa parlimen yang dibentuk.  Pengumuman begini membawa beberapa maksud iaitu memang pru 13 sudah benar-benar dekat seperti yg diwar-warkan di sekitar bulan november 2011. Ianya juga bermaksud bahawa jawatankuasa parlimen yg di bentuk adalah hanya kosmetik untuk mengelabui mata rakyat terhadap kepincangan SPR dan Kerajaan yang memerintah.

Persiapan menghadapi pru tersebut perlu dipertingkatkan supaya kes-kes yg pernah dihadapi oleh parti pembangkang seperti tahun-tahun yg lepas tidak berulang. Orang mukmin tidak patut di patuk dua kali pada tempat yg sama.

Cita-cita untuk memerintah putrajaya semakin menebal di dalam minda setiap parti yg bertanding. PM telah menegaskan bahawa putrajaya akan dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun. Pakatan rakyat juga berikrar akan merampas putrajaya dengan sepenuh tenaga hatta nyawa sekalipun melayang. PRU 13 adalah merupakan saingan yg agak sengit sepanjang tempoh pru diadakan.

RAMAH MESRA BERSAMA BLOGGER DAN FACEBOOKER

Tinggalkan komen

image

image

image

Salam perjuangan.
Alhamdulillah malam ini dapat meluangkan masa utk bersama dgn para blogger, facebooker dan pengamal media baru dalam proses merapatkan ukhuwwah di antara pemuda pas dgn mereka.  Dalam perjumpaan yg santai ini sambil makan colek di hotel raudhah kota bharu menampakkan hasil yg positif. 

Saya berpeluang mengenali pengamal media baru secara live dan bertemumuka cthnya topeng perak,aduka teruna, warta 365 dll yg tidak dapat disebutkan namanya. Saya mengharapkan juga agar pertemuan ini akan mempertajamkan senjata demi bersama utk memastikan musuh bersama kepada rakyat iaitu BN dan Umno dapat ditumbangkan dlm pru 13 nanti.

Saya amat positif hasrat rakyat utk mengetahui maklumat yg direct dan sebenar dapat disalurkan oleh para pengamal media baru yg hadir malam ini. Saya dimaklumkan bahawa rakyat luar bandar yg sengaja dinafikan hak utk mendapat maklumat melalui internet supaya mereka terus dapat menyokong pihak yang benar.  Isu ini perlu diperincikan utk memecahkan masalah yg dihadapi rakyat di luar bandar.

Harapan para blogger supaya dppnk lebih terkehadapan dalam menjawab segala isu demi mempertahankan kerajaan dan tok guru yg kelihatan keseorangan dlm berhadapan dgn sesuatu isu. Persoalan isu-isu yg ditimbulkan agar dapat di jawab supaya setiap pembaca facebook mendapat penjelasan yg sebenarnya kerana jika tidak di jawab ianya akan menimbulkan tanda tanya.

Kesimpulannya kerjasama yg erat amat penting utk memastikan sesuatu isu akan dapat dijelaskan kepada rakyat.

PETANDA PRU 13 TAHUN INI

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
Angin yg berdesir memberi khabar baru bahawa PRU 13 mungkin akan diadakan pada 1.11.11 iaitu angka yg diminati oleh PM kita sendiri. Bajet 2012 yg akan dibentangkan akhir bulan Oktober dan perhimpunan Agung UMNO bulan Nov. Krisis Ekonomi di jangka melanda Malaysia lebih teruk berbanding 1997. Jika benarlah spekulasi ini sejauhmana SPR sendiri boleh menjamin datanya bersih dan adil ?

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Pasaran saham di Malaysia terus merudum dengan nilai dianggarkan RM31 bilion ‘terhakis’ dari Bursa Malaysia ekoran kebimbangan yang dirasai di peringkat global ekonomi, susulan krisis kredit Amerika Syarikat.

Ekoran trend jualan saham yang diakibatkan oleh penurunan taraf oleh Standard and Poor ke atas kredit Amerika Syarikad dan Eropah, pasaran saham Kuala Lumpur terhakis nilai sehingga RM65 bilion sejak Isnin lalu.

Pemegang-pemegang saham yang rugi mengatasi mereka yang membuat untung – 1,051 berbanding 67 hari ini, manakala indeks Emas menurun 2.39 peratus sehingga 10,227.95 mata, paling rendah dalam lima bulan.

Tanda aras FBMKLCI ditutup 1,496.99, menurun 1.8 peratus, juga paling rendah dalam lima bulan.

Malaysia berhadapan dengan perkembangan ketika spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat berterusan.

Ketua firma penyelidikan OSK Chris Eng berkata, meskipun ada kemungkinan kecil pemulihan pada hari-hari mendatang, pasaran tidak mungkin akan meningkat ke paras yang direkodkan bulan lalu dan akan kekal mudah meruap.

“Kami menurunkan gred pasaran hari ini dengan fikiran bahawa penggal pertengahan tidak kelihatan begitu baik, khususnya selepas S&P (Standard and Poor) menurunkan gred (penarafan kredit jangka panjang AS).

“Jelas bahawa pelabur-pelabur mula lebih melihat ke atas saham-saham defensif (alternatif),” kata beliau yang turut mengesyorkan saham-saham dalam bidang kesihatan, media dan kepenggunaan untuk diberi perhatian.

Eng menambah, sementara pasaran memperlihatkan respons positif sebelah tengah hari tadi ekoran laporan bahawa European Central Bank membeli bon-bon Itali dan Sepanyol, pihaknya tidak optimis keadaan itu akan berkekalan.

“Apa yang mereka lakukan sekarang belum mencukupi,” kata beliau.

Nilai pasaran kira-kira RM26 bilion telah terhakis dari Bursa Malaysia Jumaat lalu selepas para pelabur mengambil mesej daripada apa yang disaksikan di Wall Street, yang paling buruk sejak keruntuhan Lehman Brothers pada 2008.

Pasaran-pasaran rantau Asia terus merosot hari ini sejak Standard and Poor menurunkan taraf kredit AS buat kali pertama Jumaat lalu.

Pasaran Nikkei menurun 2.2 peratus untuk ditutup 9,097.56 mata selepas ia turun serendah paras 9057.29 manakala Topix pula jatuh 2.3 peratus untuk ditutup 782.86.

Indeks Hang Seng Hong Kong menurun lebih empat peratus untuk mencecah paras paling rendah tahun ini. Indeks Shanghai menurun lebih daripada tiga peratus.

Indeks pasaran Singapura pula jatuh 3.39 peratus, Indonesia (1.82 peratus) dan Thailand (0.99 peratus).

Menurut laporan Reuters, nilai pasaran dunia terhakis AS$2.7 trillion (RM8.13 trillion) minggu lalu.

Dalam laporan terdahulu, bank pelaburan Goldman Sachs juga mengkaji semula pertubuhan ekonomi Malaysia ekoran perkembangan ekonomi semasa.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka berhadapan lebih banyak tekanan ekoran langkah Goldman Sachs menurunkan anggaran pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini dan 2012.

Goldman Sachs mengkaji semula anggaran pertumbuhan ekonomi kepada lima peratus berbanding 5.4 peratus tahun ini manakala bagi tahun depan ia menetapkan 5.2 peratus berbanding 5.6 peratus yang dianggarkan sebelum ini. -TMI

MAMPUKAH BN RAMPAS NEGERI PR ???

Tinggalkan komen

Salam perjuangan,

Saya mulakan perbincangan ini dengan mengemukan satu soalan yang penting kepada semua petugas PR.  Adakah anda semua berpuashati dengan persiapan yang telah anda lakukan untuk menghadapi PRU akan datang ?  Adakah anda semua telah bersedia untuk mengubah budaya kerja lama secara ad-hoc kepada budaya kerja baru iaitu persiapan awal yang kemas.

Dalam menghadapi peperangan demokrasi ini setiap kita mesti mempunyai satu sasaran dan matlamat yang perlu di capai untuk membolehkan kita sampai ke destinasi yang di tuju.  Jika kita bercita-cita untuk menang dan menawan putrajaya maka adakah kita telah mempunyai satu strategi planning yang mampu membantu kita mencapai impian yang digariskan.  Begitu juga dengan persiapan kita untuk mempertahankan negeri yang telah kita perintah, adakah telah betul-betul kukuh ?

Berdasarkan pengalaman saya, kita semua hanya pandai bercakap dan meletakkan slogan tetapi gagal dalam tindakan yang berstrategik.  Kita masih mengamalkan budaya kerja lama iaitu kerja last minute.  Saya menaruh kebimbangan dengan segala strategi dan usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan oleh BN untuk memenangi majoriti 2/3 parlimen malaysia di samping target mereka untuk merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan rakyat.  BN menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk mencapai maksud tujuan mereka tetapi kita mesti melakukan sendiri untuk mencapai maksud tujuan tanpa ada bantuan dari agensi kerajaan.

Fenomena ini, jika dibiarkan sememangnya menakutkan kita.  Jesteru itu menimbulkan kesangsian terhadap kemampuan kita untuk mempertahankan negeri yang ada sementelah pula untuk merampas putrajaya…..

ASYIK-ASYIK SUBSIDI

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….

Malaysia sebuah negara yang dilimpahi oleh Allah SWT  sebagai negara yang mempunyai pelbagai sumber samada dari dalam bumi atau di atas bumi, samada di daratan atau[un di lautan. Namun pembaziran kurniaan Allah oleh pemimpin yang tidak pandai memerintah menyebabkan hasil bumi dan laut di Malaysia tidak mampu menjadikan rakyatnya bebas dari belenggu kemiskinan dan menjadikan rakyatnya penagih subsidi kerajaan.  Sepatutnya pemimpin yang diamanahkan tidak membangkitkan soal subsidi kerana ianya merupakan satu perkongsian untuk merasai nikmat Allah yang dikurniakan kepada negara Malaysia.  Mungkin ini kehendak pemimpin UMNO yang sengaja menjadikan rakyat penagih subsidi demi memperolehi setiap undi menjelang setiap kali PRU diadakan.  Subsidi satu billion diungkitkan oleh menteri sedangkan kehilangan berbillion ringgit melalui projek runding terus dan penyalahgunaan kuasa contohnya isu PKFZ malah pembaziran beratus juta billion di zaman pemerintahan mahathir dan pak lah mengapa tidak dibangkitkan ??? Wahai Rakyat Malaysia sedar dan bangkitlah menuntut hak kita untuk memilih pemimpin yang betul-betul amanah dan bersedia berkongsi susah senang bersama rakyat di dalam pelbagai hal.  Berikan undi anda kepada PR dalam PRU ke 13 nanti.

Dua harga petrol bermula 1 Mei

PETALING JAYA- Dua harga petrol berbeza untuk warganegara dan bukan warganegara akan diperkenalkan bermula 1 Mei 2010, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata, bagi warganegara, pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermaka bukan semua warganegara akan menikmati subsidi yang disediakan.

“Bukan semua warganegara akan mendapat subsidi ini. Subsidi ini sepatutnya lebih kepada golongan berpendapatan rendah,” katanya selepas merasmikan identiti korporat baharu bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd.

Golongan yang mendapat subsidi, katanya akan membeli petrol pada harga yang ditetapkan sekarang, manakala mereka yang tidak mendapat subsidi, akan membayar harga sebenar petrol.

“Bagi RON 95, kerajaan kini memberi subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter. Harga sekarang ialah RM1.80 berbanding harga sebenar iaitu RM2.10.

“Jadi, mereka yang tidak layak mendapat subsidi dan juga bukan warganegera, akan membayar RM2.10 atau lebih,” katanya.

Ismail berkata, kerajaan juga mungkin akan mengenakan cukai yang akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Pengumuman lanjut mengenai mekanisme baru itu akan dibuat pada 1 Mei.

Selain mengekalkan subsidi minyak, kerajaan juga masih mengekalkan subsidi gas, gandum, dan juga gula, katanya.

Menurut Ismail, walaupun harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen, namun kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak 80 sen.

“Tahun lepas kerajaan memberi subsidi sebanyak 60 sen sekilogram, namun
disebabkan kenaikan harga gula dunia yang mendadak sejak Ogos tahun lepas,
kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1.00, sebab itu kita naikkan harga,” katanya.

Dengan subsidi 80 sen yang diberikan itu, katanya kerajaan akan menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion tahun ini berbanding RM720 juta tahun lepas.-Bernama

OH TOK GURU

2 Komen

Salam perjuangan…

Alhamdulillah sekali lagi saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah menunjukkan jalan keluar yang baik mengenai isu yang melanda Kerajaan Negeri Kelantan dan Tok Guru.  Bagi saya ini adalah petanda bahawa Allah SWT menyayangi Tok Guru dengan ujian yang menimpa beliau dan Allah SWT jugalah yang memberi petunjuk kepada Tok Guru bagaimana jalan keluar yang terbaik untuk mengatasi semua isu yang melanda.  Sekaligus menjadikan Tok Guru adalah seorang yang sangat dihormati oleh Kawan dan lawan. Ianya juga menjadikan Tok Guru terus relevan untuk mengetuai Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan UMNO dan BN dalam PRU ke 13 nanti.  Tok Guru juga insyaallah akan terus dikenang sebagai orang yang berperinsip dan mengutamakan Jamaah melebihi dari kepentingan peribadi.  Saya juga menghormati keputusan menantunya yang sedia mematuhi nasihat Tok Guru supaya meletakkan jawatan demi kebaikan jamaah, pemimpin Islam dan juga Kerajaan Negeri Kelantan.  Sikap yang ditunjukkan oleh Tok Guru dan Menantunya adalah sesuatu yang amat bernilai dan tidak mungkin akan berlaku di dalam mana-mana parti lain melainkan di dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sahaja. 

Penyelesaian isu yang melanda ini saya cukup yakin akan menamatkan segala kontroversi yang berlaku pada hari ini. Saya juga ianya akan menjadikan Tok Guru dan PAS semakin diyakini oleh seluruh rakyat serta mampu menjadi parti Alternatif dalam PRU ke 13 nanti.  Saya juga mengucapkan tahniah kepada Presiden,Naib Presiden,Tim Musrsyidul Am dan bendahari PAS Pusat serta seluruh pimpinan yang telah membuat keputusan yang terbaik untuk menyelesaikan isu yang hangat dengan penyelesaian yang penuh dengan ketenangan dan dapat diterima oleh semua pihak.

Mungkin ada yang bertanya apakah isu tersebut. Suka saya jelaskan di sini tidak perlu saya menghuraikan apakah isu tersebut kerana ianya sudah di sebut oleh semua blog-blog utama.  Saya juga ingin menegaskan tidak timbul siapa yang bersalah dalam isu yang berlaku ini. Cukuplah dengan keterbukaan semua pihak menerima segala penyelesaian yang dicadangkan dengan hati yang penuh ikhlas dan keinginan mengutamakan jamaah melebihi dari kepentingan diri sendiri.  Sekali lagi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Tok Guru ku yang sangat dihormati dan semua pihak yang telah berjaya menyelesaikan segala kemelut yang berlaku. Sekaligus menutup pintu fitnah yang mungkin akan digunakan oleh UMNO untuk menikam PAS selepas ini. Alhamdulillah dan syukur…. Ya Allah..Engkaulah yang mengamanahkan perjuangan Islam ini ke atas kami dan engkau yang akan menjaga perjuangan ini dari unsur-unsur yang boleh memusnahkannya.  Amin….

MENANTI SEJUKNYA AIR YANG MENDIDIH

1 Komen

Salam perjuangan….

Puas saya memikirkan tajuk yang sesuai untuk artikel saya pada kali ini. Isu demi isu melanda PAS selepas berjaya dengan cemerlang di dalam PRU 12 yang lepas. Saya yakin UMNO dan sekutunya tidak akan berdiam diri dan akan berusaha berterusan untuk memporakperandakan PAS samada dari dalam atau dari luar dengan pelbagai isu yang di cipta atau memang tersalah laku oleh pemimpin PAS sendiri menyebabkan ruang terbuka luas kepada pihak tertentu untuk mencari kesalahan pemimpin PAS.  Akhirnya saya menyimpulkan kesemua isu yang melanda ini ibarat air panas yang mendidih yang menunggu masa untuk sejuk. Namun tidak dapat dipastikan bilakah masanya air itu akan sejuk ???

Izinkan saya memetik beberapa  isu yang melanda PAS dan kepimpinannya. Sebaiksaja keputusan PRU 12 diumumkan maka disahkan Pakatan Rakyat memenangi majoriti di lima negeri.  Penubuhan sebuah kerajaan yang memerintah berlaku kekalutan  di Perak dan beberapa negeri lain yang dikuasai Pakatan Rakyat. Di saat cemas itu, timbul isu bahawa ada pemimpin kita sanggup berunding dengan UMNO untuk menjadikan ketuanan Melayu sebagai kuasa majoriti.  Akhirnya isu ini selesai dengan tertubuhnya semua negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat sepertimana yang kita lihat sekarang.  Sayangnya kerajaan Perak tidak dapat bertahan lama kerana UMNO dan sekutunya menggunakan taktik yang cukup kotor untuk menjatuhkan kerajaan yang sah.

Isu kerajaan perpaduan juga tidak kurang hebatnya melanda PAS menyebabkan ada ahli yang tidak berpuashati dengan keputusan yang diambil oleh pimpinan untuk berunding dengan mantan PM Tun Abdullah Badawi pada masa tersebut. Akhirnya isu tersebut dimuktamadkan semasa muktamar di Perak dan Selangor dengan penegasan dari pimpinan bahawa PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang adil di Malaysia.  Isu yang seterusnya ialah Tuduhan sesat oleh Ustaz Nik Abduh kepada pembantu-pembantu tok guru Nik Aziz, persetujuan tok guru dengan isu UG  dan isu ulama’ mee celup. Akhirnya isu ini diselesaikan dengan baik. Kebetulan isu ini timbul semasa pemilihan kepimpinan PAS akan berlangsung dalam Muktamarnya yang terdekat. Isu kepimpinan Ulama dan Profesional sekali lagi diwar-warkan yang menyebabkan ada dikalangan ahli PAS sendiri keliru apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan Ulama. Isu ini diputarbelit seolah-olah ada dua puak yang sedang berebut jawatan untuk menjadi pemimpin PAS. Akhirnya dalam kekeliruan tersebut ahli PAS telah membuat pemilihan kepimpinan seperti yang kita semua tahu.

Kehangatan isu terus melanda PAS dan PR dengan isu Jawatankuasa SELCAT, Isu Penjualan dan Penguatkuasaan Arak di kedai dan isu pembinaan Kuil di Negeri Selangor selain Isu Penternakan Babi di Kedah.  Namun kebijaksanaan pemimpin PAS dan PR menyebabkan isu ini tidak berpanjangan walaupun ianya belum selesai sepenuhnya.  Apa yang mengejutkan saya dan kawan-kawan yang lain ialah dalam keadaan tiada riak-riak isu tiba-tiba YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz mengeluarkan statement yang mencemaskan kita semua yang kemudian membawa kepada Mesyuarat Khas PAS Pusat di mana resolusi yang di capai ialah Mengadakan Seminar Politik untuk Memperkasakan PAS.  Perjalanan Seminar yang seolah-olah di rancang bagi saya untuk meredakan suasana menyebabkan pemimpin dan penyokong PAS dilihat tidak boleh menerima teguran dan bersifat primitif  sehingga ada yang berani menyimpulkan jika pemimpin tidak mahu berubah dan ahli PAS sendiri tidak berani untuk mengubah pemimpin maka susahlah untuk PAS diterima oleh majoriti rakyat untuk memimpin Malaysia. Saya tidak berani bertaruh tetapi sementara air yang masih sedang mendidih ini tidak disejukkan segera dengan Pelan bertindak yang kemas oleh Pemimpin PAS sendiri maka kita semua hanya boleh berserah kepada faktor masa untuk membiarkan rakyat melupai isu ini dan seterusnya memberikan peluang kepada PAS untuk menjadi PArti yang dominan dalam PR bagi memerintah Malaysia selepas PRU 13 nanti. Insyaallah.

Akhirnya isu baiah dikalangan pemimpin PAS juga dipolitikkan samada dirancang atau tidak di rancang tak tahulah.  Namun amalan baiah ini hanyalah satu kaedah untuk menghalang pemimpin PAS yang diberikan amanah untuk mengkhianati amanah ahli dan rakyat kepada mereka.  Mengapa kaedah ini yang telah terbukti berkesan dan dapat menjamin keutuhan sebuah kerajaan Islam walaupun di saat PAS majoriti dengan hanya satu kerusi diperbesarkan seolah-olah ianya satu kesalahan yang amat besar dilakukan oleh PAS sendiri. Bukankah amalan baiah juga dilakukan oleh Rasulullah SAW ??? Soal apakah isi baiah itu terserah kepada persetujuan di antara orang yang melakukan baiah dan orang yang menerima baiah bagi pihak PAS sendiri…Jika tidak berani untuk berbaiah maka adakah pemimpin mempunyai hasrat untuk melompat Parti jika menerima tawaran Menteri, Menteri Besar, EXCO yang sebagaimana diwar-warkan jika PAS sanggup mengadakan kerjasama dengan UMNO dalam isu Kerajaan Perpaduan??? Jika betul war-war ini amat malang namun saya tetap berkeyakinan pemimpin kita tidak semudah itu untuk melompat parti. Namun Saya tinggalkan tulisan saya ini dengan persoalan yang perlu di jawab oleh setiap orang yang cintakan PAS dan perjuangannya bukannya orang yang hanya cintakan Pemimpin dan matlamat yang ingin dicapainya….

MAMPUKAH PR BERTAHAN DENGAN SERANGAN BALAS BN

3 Komen

Salam perjuangan,

Nampaknya setelah hampir masuk setahun selepas PRU 12, UMNO BN kembali menguasai isu politik semasa. Kalau dulu kita melihat UMNO BN seolah-olah berada di pihak yang bertahan dengan serangan bertubi-tubi oleh PR. Kemenangan PR di lima buah negeri dan menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen sesungguhnya telah meletakkan UMNO-BN dalam keadaan tertekan dan terpinga-pinga. Pengisytiharan 16 september sebagai tarikh keramat pertukaran kerajaan Malaysia juga cukup membimbangkan BN.

Sekarang saya melihat seolah-olah PR pula sedang mencari rentak dan terpinga dengan serangan balas UMNO BN bermula dengan merampas Kerajaan PR di Perak melalui lompat parti diikuti dengan ugutan kepada ADUN di Kedah menyebabkan perletakakn jawatan kemudian serangan peribadi kepada ADUN/EXCO di Selangor yang juga telah mengisytiharkan bersedia meletakkan jawatan.

Semua proses di atas bukanlah berlaku secara kebetulan tetapi melalui satu perancangan yang rapi dan cukup strategik. Namun pimpinan PR nampaknya gagal menghidu serangan balas tersebut walaupun sudah banyak teguran yang di buat supaya pimpinan PR memantau dan menyelaraskan pemerintahan di 5 buah negeri serta menjadikan ianya agenda PR yang paling prioriti.  Keinginan dan kehendak untuk memerintah Malaysia lebih cepat nampaknya telah membutakan mata dan memekakkan telinga pimpinan PR  sehingga lalai dengan prioriti yang dicadangkan oleh rakyat.

Sekarang belum terlewat sekiranya pimpinan PR kembali bermuhasabah serta meletakkan semula agenda PR bagi mengembalikan keyakinan rakyat bahawa PR adalah satu-satunya  parti alternatif yang ada kepada rakyat jika sekiranya ingin melihat sebuah negara Malaysia yang lebih harmonis, adil dan bebas rasuah.

Older Entries Newer Entries