DISKUSI BAJET 2012 – IMPLIKASI TERHADAP RAKYAT

Tinggalkan komen

image

Salam perjuangan,
panelis yg terlibat hj sabri sedc, dr mohd shukri hj noor pensyarah ekonomi, yb che lah exco, apakah kesan sosio politik ? kesemua panelis bersetuju mempersoalkan pelaksanaannya ? Merdeka 54 tahun tetapi pemisahan pembangunan fizikal dan rohani nampak lebih ketara dan tidak di sentuh dalam bajet utk atasi gejala maksiat ini?

Advertisement

MALAYSIA GAGAL LEPASI KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
Akhirnya terbukti Malaysia tewas di tangan jiran. Singapura mara dengan agregat 6-4. Walau bagaimanapun tahniah juga di atas kesungguhan pasukan Malaysia di hadapan  100,000 penyokong  Malaysia di stadium bukit jalil. Ini tidak termasuk penonton di rumah seperti aku yg juga turut memberikan sokongan padu kepada pasukan negara. Apa yg menghairankan Malaysia tidak turun dengan jersi utama negara yg berwarna kuning hitam sebaliknya memilih jersi yg berwarna biru merah.  Jersi bukan penyebab kekalahan.

Apa yg dapat disimpulkan ialah kelemahan ketara pemain pertahanan yg seringkali dibolosi oleh penyerang Singapura tanpa kawalan. Saya fikir Datuk Raja gopal sebagai jurulatih utama menyedari masalah ini. Diharapkan pasukan malaysi tidak lemah semangat.  Saya suka melihat kehadiran penonton yg memenuhi stadium dgn majoritinya berpakaian kuning hitam. Mengingatkan saya terhadap perhimpunan bersih pd 9 julai yg lalu. Saya menyeru semua penyokong Malaysia supaya  ambil iktibar dari kekalahan  pasukan Malaysia tadi. Dalam tweeter saya sebentar tadi mengajak supaya harimau bangkit semula membina pasukan harimau yg baru untuk kejohanan yg mendatang bersama pakatan rakyat pula selepas ini.

GURINDAM SUKA DUKA PRK P.036

1 Komen

Duhai kawan…Hari raya sudah hampir menjelma..!!

Bukan raya puasa…raya korban, tapi raya…pilihanraya

Mari sini..mari sini. Macam-macam ada….

Jangan malu dan jangan segan

Cik adik mau apa? cik abe nok gape?

kite ada payung..nasik bungkus..topi..rokok..

kita bagi free jeee..

T’shirt? pun ada. Syyyy…kalu kena cara..duit ‘kopi’ pun kite bagi

belum kire lagi..duit minyak. Mau brapa? cakap saja.

Mau puteri lawa?? Ada…Mau putera hensem?? pun ada.

Sama-sama kita riang gumbira

Raya ni…

paling best punya. Pemimpin yang kaya pun ramai mai..

kasi duit buat kita mamai

Tipu sini. Tipu sana. Dah jadi amalan biasa saje..

Kalu x kasi…Mana olang mau bikin kerja??

Kalau kalah. Jangan salah sama gua.

Demo orang atas sume bergaya. Kite yang bawah jadi barua. Kerja bagai nak gila.

Pemimpin datang semua terpa. Depan mereka ada yang bermuka-muka.

Apa dikata angguk je. Ada masalah? no problem sir.

Amalan bodek & rasuah begitu nyata.

Apa nak dikata? Itu budaya mereka. Dulu, kini dan selamanya….

Hari raya ini datang bermusim, Belanjanya saja puluhan juta.

yang pastinya, lepas pilihan raya. Hutang tak bayar.

Batang hidung x nampak.

Ramai pula yang mula bersuara.

Kerja sudah..upahnya mana?

Duit puluhan juta pergi kemana? Itu selalu jadi tanda tanya?

Marah? Hampa? biasa laaaa.

Orang bijak melihat….lantas geleng kepala.

geli hati ada…nak tergelak pun ada..Melihat pelbagai kerenah manusia.

jangan marah..jangan mengata

bukan nak kata sapa2. Itu amalan mereka

yang bermuka-muka.

tak kira sesiapa…

YB ADUN SALOR BINA RUMAH RAKYAT MISKIN

1 Komen

Assalamualaikum, Salam perjuangan,

Tiga keluarga miskin di pilih untuk menerima bantuan membaiki dan membina rumah. Senarai mereka yang layak telah dikemukakan oleh penghulu masing-masing melalui borang yang disediakan oleh pejabat DUN Salor. Walau bagaimanapun tiga keluarga tadi terpilih untuk mendahului penerima sumbangan dari YB Dato Hj Husam Musa selaku ADUN Salor.

Majlis pembinaan rumah tersebut dimulakan dengan solat hajat dan kemudian diikuti curahan konkrit sebagai asas pembinaan rumah. Saya mewakili YB ADUN hadir di majlis di dua tempat yang berasingan iaitu di kampung surau dan di kampung dewan beta. Manakala di Kota Selatan juga memulakan pembinaan rumah tersebut pada hari yang sama.

Dengan bantuan yang diberikan oleh YB ADUN Salor tadi akan memberikan keselesaan kepada penghuni rumah menjelang tahun baru 2009 dan 1430. Kepada pemohon yang lain diharapkan dapat bersabar kerana peruntukkan yang terhad.

UMNO TANGGUHKAN PEMILIHAN MT

Tinggalkan komen

Salam perjuangan,

Hari ini Paklah mengumumkan bahawa pemilihan UMNO di peringkat MT di tangguhkan ke tahun hadapan. Manakala pemilihan di peringkat bahagian diteruskan.  Mengapa Paklah perlu melanjutkan tempoh kekuasaannya.  Adakah ini strategi talian hayat untuk Paklah mencari kaedah baru untuk bertakhta di hati ahli UMNO ?  Atau adakah ianya sebagai persiapan UMNO untuk menghadapi Isu pertukaran Kerajaan Pusat ke tangan Pakatan Rakyat ? Atau adakah ini bermakna akan ada pilihanraya mengejut untuk membolehkan Paklah mendapat mandat baru rakyat bagi menghalang perubahan kerajaan secara aman ?

SELAMAT HARI PEKERJA

2 Komen

Salam perjuangan

Buat semua rakan sekerja, saya mengambil peluang ini walaupun terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA. Semoga rakan semua akan lebih bahagia dan cemerlang di dalam bidang masing-masing. Saya mengharapkan agar semua rakan sekerja akan lebih memahami fungsi masing-masing dalam menentukan hala tuju negara Malaysia yang kita sayangi ini. Sesungguhnya pekerjaan yang paling mulia ialah pekerjaan yang halal tidak kira apa pun profesyen kita.

Isu pemboikotan hari pekerja yang berkesudahan dengan CUEPACS bersetuju meneruskan sambutan tersebut, saya kira ianya adalah sebahagian dari kemenangan pekerja. Saya mengharapkan kepada pimpinan kesatuan akan lebih banyak memperjuangkan hak pekerja supaya dapat mengubah landskap politik negara pada masa akan datang. Sesungguhnya hanya kerajaan yang amanah, adil dan bersih sahaja yang akan mampu menjaga kebajikan semua golongan masyarakat. Mana mungkin orang yang merompak duit rakyat, orang yang penuh dengan kegiatan tidak bermoral akan memikirkan masalah dan kebajikan rakyatnya. Oleh itu, perjuangan para pekerja haruslah diingat bukan setakat perjuangan yang berligar disekitar periuk nasi kita sahaja tetapi kita mestilah memacu perubahan di kalangan minda rakyat supaya turut mempunyai keinginan dan kesedaran yang tinggi untuk sama-sama melihat masa depan negara yang lebih terjamin di bawah pimpinan yang lebih jujur dan amanah.

Saya doakan moga ada respon yang positif dari Paklah pada 10 mei ini sempena perhimpunan hari pekerja sektor awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) atas segala tuntutan cuepacs iaitu menuntut pencen berdasarkan jumlah sebenar perkhidmatan, menambah had umur persaraan dari 56 kepada 60 tahun, memansuhkan PTK, memberi semula elaun kritikal bagi kakitangan awam sokongan II dan menaikkan elaun perumahan. Di samping itu, saya juga meminta supaya Paklah memberikan respon yang sewajarnya di atas tuntutan satu lagi NGO terdiri rai pekerja pelbagai sektor, institusi masyarakat, petani dan orang asli yang dikenali sebagai JERIT singkatan dari Jaringan Rakyat Tertindas yang telah mengemukakan tuntutan mereka di dewan SMK(J) Cina confucian 1 mei iaitu, memansuhkan ISA, memansuhkan AUKU, hak kebebasan untuk akhbar dan maklumat, perumahan yang selesa untuk petani dan pekerja ladang, SKIM Perumahan Rakyat mampu milik, menolak pengkorpratan sektor pertanian, menjaga kebajikan pekerja migran, menghentikan rundingan FTA, Menubuhkan suruhanjaya bebas tanah adat orang asli dan menggubal undang-undang anti gangguan seksual terhadap wanita.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin persatuan  CUEPACS, MTUC dan JERIT di atas kesungguhan dan kesediaan untuk terus memperjuangkan kebajikan pekerja masing-masing. Saya kira hanya Allah sahaja yang mampu membalas pengorbanan kalian semua. Akhirnya, saya mendoakan semoga sambutan hari pekerja pada tahun ini lebih meriah dan lebih bermakna untuk pekerja, agama dan negara berbanding sambutan di tahun lalu.

Sekian, wassalam.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Yang menurut perintah

MOHAMAD NURI MAT YAACOB – Ketua DPPKKK