PERUTUSAN HARI RAYA 1433H

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
Dikesempatan ini saya menghulurkan sepuluh jari tangan dan kaki memohon maaf kepada semua sahabat yg mengenali atau tidak mengenali saya. Semoga Ramadhan yg akan meninggalkan kita akan menjadi pengajaran dan Syawal yang akan menjelma akan menjadi harapan untuk kita meraih ganjaran dan keampunan dari Allah SWT.

Hari Raya ialah hari kemenangan kita selaku umat Islam kerana berjaya menunaikan perintah Allah SWT dan berjaya menghindari maksiat. Jesteru itu umat Islam juga harus ingat bhw maksiat yg besar yg perlu kita jauhi ialah kegagalan kita mentadbir negara mengikut kehendak dan acuan Islam. Semua umat Islam bertanggung jawab memastikan negara Malaysia tercinta satu hari nanti akan menegakkan hukum Islam sebagai panduan pentadbiran negara.

Kesempatan menghadapi pru ke 13 nanti adalah masa yg amat sesuai utk kita mendaulatkan Islam melalui Pakatan Rakyat. Ayuh umat Islam tunaikan tanggungjawab kita semua.. Selamatkan negara ini dari pentadbiran yg zalim, korup, rasuah dan penyelewengan yg dilakukan oleh BN selama memerintah Malaysia lebih 50 tahun.. Cukuplah rakyat menderita dengan pelbagai akta zalim spt isa dll, kenaikan harga barang, bebanan hutang negara yg tinggi.

Marilah rakyat Malaysia sekalian kita memacu perubahan negara ke arah yg lebih adil, sejahtera dan aman bersama Pakatan Rakyat.

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN

JEMPUTAN MAJLIS RAYA

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
Mungkin terlalu awal tetapi bimbang tidak berkesempatan maka dinukilkan di sini dua jemputan majlis raya yg ingin diwar-warkan …
1. Kepada semua warga dan anak perantau daripada Kawasan Kubang Kerian serta sekitarnya dijemput hadir ke Majlis Sambutan Aidil Fitri PAS Kubang Kerian pada 03/09/2011 bermula jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang di Pasar Kubang Kerian.Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin… Pakat mari belako dehh
2. Majlis rumah terbuka ambo sendiri pada 3 syawal mula jam 12-5 pm d kg dewan beta. Jemput mari belako deh

RAYA PUASA ENAM

Tinggalkan komen

Salam perjuangan,

Sambutan raya yang diadakan oleh pelbagai organisasi dan individu nampak mendapat sambutan yang baik dari masyarakat. Majlis yang seumpama ini boleh merapatkan silaturrahim di kalangan kita. Namun di sebalik kemeriahan tersebut diharapkan kita semua tidak lupa satu lagi tuntutan ibadat yang perlu dilakukan di dalam bulan Syawal ialah puasa sunat selama sekurang-kurangna enam hari. Sesiapa yang berpuasa sebulan bulan ramadhan dan diikuti pula enam hari dalam bulan syawal maka ia seolah-olah telah berpuasa selama setahun. Besarnya fadhilat berpuasa enam hari dalam bulan syawal ini. Harap kita semua tidak akan melepaskannya. Saya sendiri pun belum berkesempatan untuk berpuasa.

Hari ini sambutan raya peringkat PAS Kawasan Kubang Kerian yang diadakan di SMUA Taqaddum Maarif Pasir Tumboh bermula jam 5 ptg hingga 11 malam. Program jamuan beserta ceramah isu semasa yang disampaikan oleh YAB Tok Guru, YB Dato Hj Husam, YB Sallehudin, YB Ahmad Baihaki, YB Mohd Mustafa. Hari khamis 9.10.08 pula sambutan raya peringkat Badan Perhubungan PAS Negeri yang bermula jam 9 pg hingga 3 ptg yang diadakan di perkarangan stadium. Malamnya diadakan ceramah perdana yang akan disampaikan YAB Tok Guru, YB DSAI, YB Dato Husam, YB Saifudin di padang perdana.

Hari sabtu 11 okt 2008 pula sambutan raya peringkat parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang.  Hari Ahad 12 Oktober 2008 pula sambutan raya peringkat PAS Malaysia yang diadakan di satadium Melawati Selangor.  Selain itu juga dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan sambutan raya untuk anak Kelantan di luar Kelantan sekitar Shah Alam.  Diharapkan sambutan raya yang kita adakan ini adalah merupakan sambutan kemenangan dan kejayaan kita mengatasi musuh kita yang nyata iaitu syaitan laknatullah dan nafsu kita sendiri. Lafaz dalam takbir raya sepatutnya membuatkan kita lebih sedar dan faham tuntutan perjuangan dan mengenali musuh kita.

Dalam keadaan begitu pun, saya masih merasa pelik bin ajaib kerana ada orang masih mengharapkan UMNO BN untuk melaksanakan Islam. Bagi saya kalau UMNO ikhlas untuk melaksanakan Islam maka 50 tahun dulu mereka telah melaksanakannya iaitu ketika mereka kuat. Sekarang di saat UMNO nazak adakah UMNO bersedia untuk berbuat demikian. Kalau PAS bersama UMNO maka selamanya PAS tidak dapat merampas kerusi Melayu Islam yang dipunyai oleh UMNO. Ini akan menjadikan PAS sentiasa kebelakang dan tiada peluang untuk menjadi teraju pemerintahan negara pada masa hadapan. Malah berkemungkinan sejarah lalu akan berulang lagi iaitu apabila UMNO kuat semula dan PAS akan ditendang begitu sahaja. Fikir-fikirkanlah……