Tadarrus dan Mesyuarat MTD Salor

Tinggalkan komen

image

image

Salam perjuangan,

Alhamdulillah majlis tadarrus, tahlil dan penyampaian cek wasi kifaalah telah berjalan dengan lancar pada 19 ogos. Program yg mendapat kerjasama sepenuhnya dari jawatankuasa masjid lubuk jambu dan imam serta petugas dari seluruh dun. Tetamu yg turut hadir ialah adik reza dari Iran yg merupakan johan qari peringkat 16 tahun ke bawah negara Iran.

Mesyuarat MTD Salor juga beelangsung di pejabat Dun yg baru dlm suasana yg cukup terkawal. Pengesyuran nama jawatankuasa yg dicadangkan oleh YB Dato Pengarah dun di terima dgn sidikit pindaan.

Advertisement

FINAL BOLA LIGA DUN SALOR

Tinggalkan komen

image

image

image

image

image

Salam perjuangan…

Alhamdulillah malam ini tibalah acara kemuncak karnival sukan dun salor iaitu final bolasepak di stadium. Kejohanan yg pertama kalinya dianjurkan oleh Kelab Salor Juara menyaksikan johan dimiliki oleh pasukan dari seb pasir mas manakala naib johan pulak dimenangi oleh gaung pendek. YB Dato Husam selaku ADUN Salor turut sama memeriahkan kejohanan pada malam ini. Apa yang membanggakan ialah kehadiran bekas-bekas pemain kelantan dan juga nasional seperti dali omar, hamid ghani, salleh ketereh, mahadi dll.

Untuk seterusnya kelab salor juara akan menganjurkan klinik bola sepak yg akan dikendalikan oleh bekas pemain kelantan. Selain itu, satu seminar hala tuju bola sepak dun salor akan diadakan selepas raya nanti. Sesiapa yg berminat utk menyertsinya boleh hubungi no tel pej 09-7011604.

YB ADUN SALOR BINA RUMAH RAKYAT MISKIN

1 Komen

Assalamualaikum, Salam perjuangan,

Tiga keluarga miskin di pilih untuk menerima bantuan membaiki dan membina rumah. Senarai mereka yang layak telah dikemukakan oleh penghulu masing-masing melalui borang yang disediakan oleh pejabat DUN Salor. Walau bagaimanapun tiga keluarga tadi terpilih untuk mendahului penerima sumbangan dari YB Dato Hj Husam Musa selaku ADUN Salor.

Majlis pembinaan rumah tersebut dimulakan dengan solat hajat dan kemudian diikuti curahan konkrit sebagai asas pembinaan rumah. Saya mewakili YB ADUN hadir di majlis di dua tempat yang berasingan iaitu di kampung surau dan di kampung dewan beta. Manakala di Kota Selatan juga memulakan pembinaan rumah tersebut pada hari yang sama.

Dengan bantuan yang diberikan oleh YB ADUN Salor tadi akan memberikan keselesaan kepada penghuni rumah menjelang tahun baru 2009 dan 1430. Kepada pemohon yang lain diharapkan dapat bersabar kerana peruntukkan yang terhad.