SIDANG DUN KELANTAN

Tinggalkan komen

image

image

image

image

Salam perjuangan,
Pada hari ini saya berkesempatan menghadiri sidang DUN Kelantan. Sebanyak sepuluh soalan lisan berjaya diselesaikan bagi sesi pagi. Cadangan tergempar dari ADUN Air Lanas menjunjung tahniah di atas perlantikan KDYMM AL Sultan Kelantan Sultan Mohamad ke V sebagai Timbalan YDP Agong Malaysia mewakili seluruh pacar rakyat Kelantan.
Antara isu yg dibangkitkan ialah jajaran baru jalanraya kota bharu ke kuala krai, isu pejuang kemerdekaan, jambatan sult

an yahya petra kedua, isu royalti yg dituntut oleh kerajaan yg kini berjumlah 7b keseluruhannya.

BENARKAH UMNO SOKONG USUL ROYALTI ?

3 Komen

Salam perjuangan…..

Semalam sidang DUN Kelantan telah meluluskan satu usul tergempar dari Presiden BBC yang membenarkan MMK mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menuntut wang royalti termasuk tindakan mahkamah.  Apa yang menariknya ianya turut di sokong oleh ADUN BN.  Bagi saya ini menunjukkan bahawa pendirian YBM Tengku Razaleigh di luar dewan adalah betul dan selaras dengan tindakan ADUN BN di dalam dewan. Jika kenyataan KULI yang menyokong hak Kelantan bagi mendapat Royalti di anggap tidak selaras dengan pendirian UMNO maka apa kurangnya ADUN BN yang terang-terang mengundi untuk menyokong tuntutan wang royalti di dewan.  Apakah ini strategi UMNO yang bimbang rakyat akan melabelkan mereka sebagai pengkhianat kepada rakyat Kelantan jika mereka menolak usul tersebut ?  Sekarang rakyat boleh melihat sandiwara yang dilakonkan oleh pemimpin UMNO dalam isu royalti ini ? Siapa yang sebenarnya ingin membela rakyat dan siapa yang sebenarnya mengkhianati rakyat Kelantan.

Satu lagi mengapa royalti ini perlu diberikan kepada kerajaan Negeri Kelantan ialah untuk membangunkan negeri kelantan dengan pelbagai projek dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat Kelantan.  Bukankah Awang Adek cuba menyalahkan Kerajaan Kelantan apabila ramai anak muda kelantan yang bekerja di luar kelantan. Bukankah Awang Adek jugalah orang yang menghalang bermatian-matian wang royalti diberikan kepada Kerajaan Kelantan?  Menghalang wang royalti bererti menghalang kerajaan untuk membuat pembangunan dan sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Tuduhan ini ibarat menumbuk orang yang sudah diikat tangan kakinya.  Tepuk dada tanyalah isi hati masing-masing siapakah sebenarnya yang berbohong dan siapa sebenar yang betul-betul berjuang untuk rakyat Kelantan ?