Salam perjuangan,
Malam ini genap 21 tahun PAS memerintah Kelantan di bawah kepimpinan Ulama dengan tema Membangun Bersama Islam. Semua rakyat di minta mengadakan solat hajat bagi menzahirkan kesyukuran kita semua kerana masih memberikan kesempatan kepada PAS utk terus mentadbir.
Apa yang menarik ialah pru 13 yg dijangkakan akan berlaku bila2 masa akan menyaksikan anak muda yg genap 21 tahun di bawah pemerintahan PAS akan membuang undi kali pertama. Apakah anak muda ini akan terus menyokong PAS atau akan berubah selera kepada BN atas dasar perubahan yg dikehendaki mereka ?
Saya sendiri tidak dapat satu jawapan yg tepat kerana setakat ini tiada satu pun kajian khusus di buat ke atas anak muda yg dikategorikan first time voters ini walaupun telah ada cadangan supaya diadakan satu kajian tersebut.
Masing2 parti mendakwa program mereka di terima baik oleh anak mudo. Sejauh mana sokongan mereka ? Adakah sampai ke peti undi ? Semuanya hanya Allah yg mengetahui.
SOLAT HAJAT KESYUKURAN 21 TAHUN PAS TADBIR KELANTAN
10 November 2011
SEMASA hajat, kelantan, pas, solat Tinggalkan komen
IBADAH DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN
31 Julai 2011
TAZKIRAH iftar, puasa, qiam, quran, sedekah, solat Tinggalkan komen
Salam perjuangan…
Alhamdulillah malam ini mampu melaksanakan salah satu ibadah yg di tuntut dan hanya ada di dalam bulan ramadhan sahaja iaitu ibadah solat tarawih. Selepas solat isyak imam sempat berpesan beberapa perkara 1) solat sunat sebelum dan selwpas isyak lebih afdal berbanding tarawih. Oleh itu jgn ditinggalkan. 2) Jika ingin berhenti lebih awal dari 20 rakaat yg diamalkan dimasjid tersebut maka hendaklah menyempurnakan sendiri solat witir krn ianya adalah sunnah Nabi SAW. Oleh itu jgn ditinggalkan.
Manakala Tuan Guru MB Kelantan sering juga berpesan supaya jgn hanya melihat bulan ramadhan ini hanya ibadah puasa sahaja. Maka jika kita telah berpuasa selama 30 hari maka kita telah selamat beribadah di bulan ini. Sebenarnya puasa ialah hanya salah satu dari ibadah yg di tuntut. Banyak lagi ibadah lain yg mesti dilakukan seperti membaca Al-Quran, menjamu orang berbuka wlpn dgn sebiji tamar, sedekahlah walaupun dgn hanya senyuman, qimmullail, bersahur dan menjaga segala anggota badan yg tujuh iaitu mata,telinga,tangan,lidah,faraj,kaki dan hati dari melakukan maksiat kepada Allah.
Jika kita memahami tuntutan dan erti ibadah di bulan ramadhan ini maka insyaallah janji Allah utk menghapuskan segala dosa kita dan memberikan darjat ketaqwaan kpd kita akan dapat dicapai. Insyaalah semoga saya dan anda semua akan tergolong dlm golongan yg akan mendapat janjo Allah SWT. Ameen
Palestin Oh Palestin
20 Januari 2009
PELBAGAI, SEMASA amerika, bn, dana, DAP, doa, gerakan, hajat, Hamas, Israel, isu semasa, kerajaan negeri kelantan, mca, mesir, mic, PAKATAN RAKYAT, palestine, pas, PKR, solat, umno 2 Komen
Salam perjuangan,
Sesungguhnya di saat pejuang PAS meraikan kemenangan yang sudah dapat di jangka, sahabat kita pejuang HAMAS sedang berhadapan dengan persoalan hidup dan mati. Ayuh kita memperkuatkan doa dan usaha untuk merasai penderitaan yang dialami oleh sahabat kita di bumi Palestine. Tanggal 23 Januari 2009 telah diputuskan oleh pimpinan supaya Demonstrasi besar-besaran diadakan sekali lagi di hadapan kedutaan Amerika yang akan dikepalai oleh Presiden PAS sendiri. Walaupun saya cuba mencadangkan supaya diadakan di hadapan bangunan kedutaan Mesir kerana kegagalan mereka untuk menolong sahabat seagama mereka. Pada malam tersebut di Taman Melewar Kuala Lumpur akan diadakan ceramah besar sempena intifadhah Palestin dan meraikan kemenangan dalam PRK Kuala Terengganu yang lepas. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri Kelantan mengadakan Solat Hajat Perdana dan Kutipan Dana untuk rakyat Palestine dengan target kutipan terkumpul kesemuanya ialah RM 1 juta.
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas khasnya dari Pemuda PAS seluruh Kelantan dan Kubang Kerian yang telah bertungkus lumus memastikan calon Pakatan Rakyat dapat memenangi kerusi P.036 dengan selesa. Kepada semua petugas juga yang bertungkus lumus menjayakan program solat hajat dan kutipan dana Palestine anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan juga anjuran Parti Islam Se Malaysia PAS. Semoga semua tindakan ini diharapkan dapat menjadi bukti di hadapan Allah SWT bahawa kita di Malaysia amat terasa keperitan dan kezaliman serta kekejaman yang dihadapi oleh sahabat rakyat Palestine. Mungkin kita juga harus berfikir, inilah kesannya jika Islam tidak didaulatkan sepenuhnya. Adakah sudah sampai masanya Imam Mahadi akan turun menyelamatkan bumi Palestine dari pencerobohan tentera Israel laknatullah.. Ya Allah hanya kepadamu aku berserah dan memohon pertolongan.. Bebaskan Rakyat Palestine dari kekejaman dan Kezaliman yang dilakukan oleh musuh nabi-nabi mu
KOMEN TERKINI