TINGGAL 2 HARI LAGI…

Tinggalkan komen

Salam perjuangan,

Bahang kepanasan pilihanraya semakin terasa dengan masa yang tinggal 2 hari lagi untuk mengundi.  Kempen yang aggresif dari kedua-dua pihak di lihat semakin meningkat.  Tindakan terdesak di lihat dilakukan oleh kepimpinan tertinggi UMNO bermula dengan sumpah saiful diikuti oleh sumpah Dato Najib tidak mengenali altantuya kemudian terbaru sumpah oleh Dato Tajol Rosli mengenai ketidakterlibatan beliau mengenai exco Perak yang di tahan BPR dan akan di dakwa pada hari Isnin.

Tidak cukup dengan pemimpin politik yang terlibat untuk menjelaskan segala isu yang berlegar di Permatang Pauh.  Terbaru semalam saya melihat TV yang melibatkan Duta Malaysia ke Monggolia.  Penjelasan yang diberikan oleh beliau ada yang saya boleh terima dan ada jugak saya tidak boleh terima. Mungkin selepas ini Duta tersebut akan naik pangkat sebagaimana mereka yang telah berkonspirasi untuk menjatuhkan DSAI sepuluh tahun dulu. Semua peranan utama telah menerima ganjaran masing-masing hari ini.

Malam ini YAB Tok Guru MB Kelantan dijadualkan akan mengadakan Munajat Perdana di Permatang Pauh. Semoga munajat ini sekali lagi akan membabaskan segala perancangan dan perbuatan jahat yang telah,sedang dan akan diatur untuk mengalahkan kebangkitan rakyat. Didoakan juga Allah akan memberikan pertolongan yang besar kepada perjuangan untuk menegakkan keadilan di Malaysia ini.

SPR & RASHID…SILA JAWAB!!

Tinggalkan komen

ASSALAMUALAIKUM..

Anda percaya SPR adalah sebuah badan yg bebas & jujur? Kalau ya.. Sila klik laman ini (http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp) dan check no. kad pengenalan ini (820201115212). Hasilnya..anda akan bertemu dengan seseorang yang bernama, Cik Kg Mengabang Tengah! dan jangan lupa dia seorang perempuan !!!

SPR..DULU, KINI & SELAMANYA JADI BARUA UMNO

spr.gif

Thanks to Amdang81

TERKINI :

Alhamdulillah.. semalam apabila disemak semula no i/c tersebut dalam daftar spr online, ternyata ianya telah di perbetulkan. Tahniah kepada mereka yang peka. Pada peringkat awalnya kita telah berjaya. Paling tidaknya, suara kita didengar & dilihat. Pemegang no i/c tersebut bernama,  NORMAZITA BINTI MOHD NOOR dan bukan lagi bernama Kg Mengabang Tengah. Masihkah anda yakin dengan SPR? Wallahua’lam

Newer Entries