SELAMAT DATANG 2010 DAN SELAMAT TINGGAL 2009

1 Komen

Salam perjuangan…

Saya mengmbil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah dan Masihi.  Semoga tahun yang mendatang ini akan menjanjikan kita sejuta berita baik dan mengembirakan buat semua khasnya kepada semua para pejuang Islam yang sedang bertungkus lumus menunaikan tanggunjawab mereka masing-masing.

Kepada semua yang berlaku di dalam tahun 2009 hanyalah tinggal kenangan serta lipatan sejarah yang tidak mampu dipadamkan lagi.  Semua perbuatan baik atau jahat telah direkodkan sebagai tinta sejarah lebih-lebih lagi direkodkan oleh penulis yang setia di kiri kanan kita untuk kita kembali berhadapan dengan Allah SWT bagi menentukan untung baik buruk kita kelak.  Ya Allah ampunilah segala kesalahan ku samada yang disengajakan atau tidak, samada yang diketahui atau tidak, samada yang kecil atau besar, samada terang atau tersembunyi, samada zahir atau batin. 

Senario politik Kelantan yang kembali bergegar diharapkan dapat diselesaikan secara baik pada tahun 2010.  Saya mengharapkan PAS akan kekal di atas landasan dan namanya sebagai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bukannya Parti Asri Sekeluarga menurut tulisan Dato Husam ataupun Parti Ayahzit Sekeluarga menurut tulisan kickdefella.

Marilah semua pihak samada dia Tok Guru, Ustaz, buruh, orang jahil bermuhasabah sebanyak mana kesilapan yang kita lakukan sepanjang 2009.  Masih belum terlewat untuk kita semua bertaubat dan memohon keampunan dari Allah SWT serta memperbetulkan segala kesilapan kita.  Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya…. tetapi harus diingatkan jika kita merasakan diri kita sahaja yang betul dan tidak mahu mendengar nasihat dan teguran dari orang lain maka kita dibimbangi di tipu oleh Syaitan laknatullah…Nauzubillah…

Saya juga menyusun sepuluh jari memohon maaf seandainya tulisan saya mengguriskan perasaan orang yang tidak bersalah.  Saya hanyalah insan biasa bukannya tok guru dan tidak terlepas dari dosa dan kealpaan dalam sepanjang menulis pandangan dan buah fikiran yang tidak seberapa ini.  Maafkan saya…..Ya Allah Ampuni Daku insan yang lemah ini…….

CALON PAS DIRESTUI, KEMENANGAN DIHAMPIRI

1 Komen

Salam perjuangan dan Selamat Tahun Baru Hijrah/Masihi

Alhamdulillah, akhirnya persoalan dan teka teki yang bermain di benak pemikiran ahli PAS serta rakyat Kuala Terengganu sudah terjawab melalui pengisytiharan calon PAS malam ini di Stadium Negeri Kuala Terengganu. Nama YB Abdul Wahid Endut telah diumumkan secara rasmi oleh Presiden PAS YB Dato Seri TG HJ Abdul Hadi Awang di hadapan 10 ribu orang penyokong PAS. Beliau juga merupakan ADUN Wakaf Mempelam iaitu salah satu dari 4 DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu. Pemilihan beliau adalah berdasarkan track rekodnya yang bersih dan mempunyai harapan yang cerah untuk menang.Beliau juga memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.

Turut hadir sama dalam majlis penting itu Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Setiausaha Agung PAS Dato’ Kamaruddin Jaffar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain. Manakala di peringkat negeri dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Dato’ Mustafa Ali, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dato’ Wan Mutalib Embong, Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dan saf kepimpinan negeri.

Diharapkan selepas pengumuman ini, jentera PAS Terengganu dan Jentera Pembantu dari PAS, PKR dan DAP akan dapat bergerak dengan lebih baik dan mantap untuk memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat pada 17 Januari 2009 nanti. Saya sendiri belum berkesempatan lagi untuk menjejakkan kaki ke gelanggang PRK kerana menyelesaikan beberapa program yang terpaksa saya bereskan. Insyaallah, saya berazam untuk pergi bermula 5 Januari 2009.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 dan Tahun Baru Masihi 2009. Semoga kedatangan yang kita nanti-nantikan selalu akan menambahkan keimanan,keberkatan, kebahagiaan,kesenangan dll lagi kepada kita semua. Semoga Islam akan menjadi pilihan alternatif kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan kaum.

YB ADUN SALOR BINA RUMAH RAKYAT MISKIN

1 Komen

Assalamualaikum, Salam perjuangan,

Tiga keluarga miskin di pilih untuk menerima bantuan membaiki dan membina rumah. Senarai mereka yang layak telah dikemukakan oleh penghulu masing-masing melalui borang yang disediakan oleh pejabat DUN Salor. Walau bagaimanapun tiga keluarga tadi terpilih untuk mendahului penerima sumbangan dari YB Dato Hj Husam Musa selaku ADUN Salor.

Majlis pembinaan rumah tersebut dimulakan dengan solat hajat dan kemudian diikuti curahan konkrit sebagai asas pembinaan rumah. Saya mewakili YB ADUN hadir di majlis di dua tempat yang berasingan iaitu di kampung surau dan di kampung dewan beta. Manakala di Kota Selatan juga memulakan pembinaan rumah tersebut pada hari yang sama.

Dengan bantuan yang diberikan oleh YB ADUN Salor tadi akan memberikan keselesaan kepada penghuni rumah menjelang tahun baru 2009 dan 1430. Kepada pemohon yang lain diharapkan dapat bersabar kerana peruntukkan yang terhad.