Takziah Buat Keluarga Dr LoLo

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
Semalam saya mendapat khabar bahawa YB Dr Lo Lo telah meninggal dunia d hospital. Berita yg kurang mengejutkan krn semua org tahu akan kesihatan beliau akhir-akhir ini. Di sini saya dan keluarga ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga Dr Lo Lo di atas ujian yg dihadapi. Semoga rohnya akan bersemadi dgn aman dan bahagia di akhirat sana. Jenazahnya yg dijadualkan akan disolatkan pd jam 10.30 pg ini dimasjid Al Akram Dato keramat.

Saya merasa kagum dengan komitmen dan kesungguhan yg ditunjukkan oleh beliau sepanjang beliau hidup. Apa yg saya tahu kegigihan beliau menyertai himpunan bersih 2.0 bersama anaknya menunjukkan beliau seorang yg komited dlm perjuangan. Jasa beliau dari segi perkhidmatan semasa menjadi mp titiwangsa cukup baik samada dari segi pemikiran, kebajikan dan servis beliau. Semuanya itu akan menjadi memori kpd penduduk parlimen titiwangsa. Semoga semua itu akan menjadi amalan yg berguna kpd roh beliau di alam sana.

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA MANTAN ADUN SALOR

Tinggalkan komen

Salam Perjuangan…

Tanggal 6 Rabiul Akhir 1432 bersamaan 11 Mac 2011 kembalinya seorang pejuang yang telah mewakafkan dirinya untuk meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi.  Beliau ialah Allahyarham Buni Amin Hamzah mantan ADUN Salor sesi 1999-2004-2008.  Beliau didapati meninggal dunia secara mengejut di jertih dan kemudiannya disembahyangkan dan dikebumikan  di kampung larak.  Meninggalkan dua orang isteri dan 8 orang anak di samping 2 orang anak tiri.

Sepanjang saya mengenali allahyarham saya amat kagum dengan pengorbanan yang ditunjukkan oleh beliau sepanjang beliau memegang jawatan sebagai ADUN Salor. Sebenarnya dalam diam beliau juga menjadi guru politik kepada saya untuk saya meneruskan perjalanan dakwah dan politik yang panjang lagi di Kelantan khasnya dan Malaysia amnya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Takziah buat semua keluarga Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya….Amin

Takziah Buat Keluarga ADUN Kerdau

Tinggalkan komen

Salam perjuangan..
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Takziah buat keluarga ADUN Kerdau. Semoga rohnya akan dicucuri rahmat.
Buat petugas parti diharapkan bersedia untuk bertugas sekali lagi di Pahang.

Maulidur Rasul sebenarnya telah mengajar kita tentang pengorbanan seorang Nabi untuk memastikan Islam tersebar ke seluruh alam…
Marilah kita menghayatinya dan seterusnya jelmakan di dalam tindakan kita semua.

SALAM TAKZIAH BUAT KERABAT DI RAJA JOHOR

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…

Patik ingin merakamkan ucapan takziah di atas kemangkatan Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor kepada semua kerabat Diraja Johor. Semoga Roh baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah SWT di tempat yang baik di akhirat nanti. 

Apa pengajaran yang boleh kita perolehi dari kemangkatan Almarhum baginda ialah semua pihak wajib bersedia untuk menghadapi saat kematian yang bakal tiba.  Kematian tidak mengenal darjat dan kedudukan, bila sampai ajalnya maka saat kematian itu tidak akan diawalkan sesaat ataupun dilewatkan sesaat.  Persiapan menghadapi mati ini adalah bukti keimanan kita kepada Allah SWT.  Apabila mati anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah,ilmu yang bermanafaat dan akhirnya anak yang soleh.  Bagaimana persiapan kita untuk mewujudkan talian hayat selepas kematian kita nanti ?

AKHIRNYA PAK LAH MENGALAH

1 Komen

Salam perjuangan…

Saya ingin mengucapkan takziah di atas keputusan yang diambil oleh Pak Lah.  Dalam masa yang sama juga saya berharap kepada PR akan dapat merapatkan saff demi membulatkan tekad untuk menumbangkan kerajaan UMNO BN yang zalim ini.  Saya kira dengan pengumuman Pak Lah untuk tidak mempertahankan kerusi Presiden akan melenyapkan angan-angan individu tertentu untuk meletakkan harapan yang tinggi kepada Paklah untuk melaksanakan Islam.  Sekaligus akan memperkuatkan semula perjuangan yang telah diasaskan oleh Pemimpin terdahulu untuk menjadikan PAS sebagai parti alternatif kepada kerusi Melayu Islam di dalam Parlimen yang selama ini di monopoli oleh UMNO.

Perletakkan jawatan Paklah juga mungkin akan menjadikan menambahkan perasaan belas kasihan pemuda kepada khairi untuk memberikan beliau peluang meneruskan perjuangan mertuanya di dalam UMNO.  Ataupun mungkin sudah ada pakatan di antara Paklah,Najib, Hishamudiin dan kahiri yang kita semua tidak duga di sebalik fenomena ini…

Apapun perubahan yang berlaku di dalam pucuk pimpinan UMNO tidak akan mengurangkan sedikit pun doa dan perjuangan kita untuk mengalahkan UMNO BN dalam medan pertempuran PRU akan datang.  Mungkin ianya akan menguntungkan PAS kerana Najib di lihat pemimpin yang tidak bersih berbanding sewaktu Paklah mengambil alih kepemimpinan UMNO dulu.  Menurut pandangan salah seorang sahabat….Kita juga boleh melihat keadaan pasaran saham adakah terus turun dengan pengumuman ini, jika turun maka itu tandanya kepimpinan Najib tidak di terima. 

APABILA PEMIMPIN MULA HILANG RASA

1 Komen

Salam perjuangan,

Bersua lagi dalam suasana negara yang kian panas dengan pelbagai isu yang menarik perhatian rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya. Saya menamakan tajuk artikel saya seperti di atas kerana bagi saya perasaan seseorang pemimpin mampu untuk memandu pemimpin tersebut ke arah jalan yang betul.

Ada dua isu yang menyentuh hati saya ialah kes penderitaan rakyat akibat dari kenaikan harga minyak secara mendadak dan terlampau tinggi. Sudahlah rakyat yang menanggung derita tersebut malah mereka pula di halang untuk memperjuangkan hak mereka bagi menuntut penurunan harga petrol dengan pelbagai alasan. Pemimpin yang di atas yang mempunyai pelbagai kemudahan yang dibayar oleh kerajaan tidak akan mengetahui susah jerih rakyat yang di bawah. Kalau saya ingin bertanya kepada pemimpin negara bila mereka turun membeli sendiri barang keperluan dapor untuk makanan keluarga mereka ?, bila mereka membayar sendiri minyak petrol yang di beli di stesen minyak? Jawapannya sudah tentu tidak pernah. Apabila mereka celik mata dari tidur makanan sudah terhidang di atas meja yang disediakan oleh tukang masak yang dibayar oleh kerajaan, apabila mereka ingin ke tempat kerja maka kereta sudah tersedia dengan minyak penuh yang telah di isi oleh drebar yang di bayar oleh kerajaan. Semua ini dan banyak lagi kemudahan yang disediakan atas nama pemimpin negara menyebabkan mereka semua mulai hilang perasaan untuk merasai penderitaan rakyat bawahan yang hidupnya kais pagi makan pagi. Apabila rakyat ingin berkumpul menyatakan haknya mereka di halang oleh polis,askar, sekatan jalanraya, dll. Penganjur PROTES terpaksa berpindah tempat sekali lagi dari padang petaling jaya ke stadium MPPJ Kelana jaya.

Isu kedua yang menyayat hati saya ialah kematian adik ainul mardhiah anak kepada tahanan ISA yang memasuki tempoh 7 tahun. Berita mengenainya boleh dibaca dalam harakahdaily. Anak yang pada mula sedang nazak menunggu kehadiran bapanya yang dijadual tiba jam 5-6 petang namun akhirnya kembali ke rahmatullah sebelum sempat menerima kunjungan bapa yang hanya tiba di rumah jirannya jam 9.40 malam tersebut selama sejam. Keesokan harinya hanya dibenarkan menghadiri pengkebumian anaknya selama sejam. Inilah hakikatnya apabila pemimpin mula hilang perasaan maka walaupun anak berhadapan dengan maut namun tidak menimbulkan perasaan belas kasihan di dalam hati pemimpin negara untuk mempercepatkan proses pertemuan di antara bapa dan anak yang telah berpisah selama 7 tahun tanpa sebab. Apa kata jika anak pemimpin negara juga akan berdepan dengan suasana ini sudah tentu media akan memuatkan muka depan. Kesedihan, kepiluan dan kerinduan semuanya terjawab melalui linangan airmata keluarga yang tidak mampu di tahan malah seluruh hadirin juga turut merasai empati dengan keadaan yang dihadapi oleh keluarga malang tersebut. Tanpa sebarang kesalahan yang di dakwa tetapi di kurung dan di tahan ISA selama 7 tahun. Bukankah ini satu kekejaman dan kezaliman terhadap rakyat yang merdeka.???

p/s : Salam takziah buat keluarga ainul mardhiah. Semoga kesabaran itu akan di balas dengan balasan yang setimpal.

SALAM TAKZIAH

Tinggalkan komen

Saya dan seluruh kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian mengucapkan salam takziah kepada YB Datuk Mustapha Mohamad di atas kembalinya Allahyarham ayahnda beliau ke rahmatullah pada pagi 11 Mei 2008. Perpisahan ini mungkin meninggalkan rasa sedih kepada YB, begitulah juga perasaan yang dialami oleh isteri dan anak-anak yang tidak berdosa akibat ditinggalkan suami yang dikenakan hukuman ISA. Mungkin lebih derita….

Daripada Cikgu Nuri dan DPPKKK

SALAM TAKZIAH

Ulasan Dimatikan pada SALAM TAKZIAH

Tan Sri Nasimuddin meninggal dunia di Los Angeles

SUMBER : Harakahdaily
Fri | May 02, 08
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Hrkh) – Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, S.M Amin meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Khamis pagi di Los Angeles, California.

Tan Sri Nasimuddin, 53 yang juga Ketua Pegawai Eksekutif konglomerat itu, menerima rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di Long Beach sejak Januari tahun ini, kata Konsul Malaysia Ahmad Asmawi memberitahu Bernama melalui perbualan telefon dari Los Angeles.

Ahmad berkata isteri Nasimuddin, Puan Sri Zaleha Ismail dan anak-anak mereka berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan Khamis pagi.

Persatuan Islam Malaysia Amerika Utara akan menguruskan penghantaran jenazah beliau ke Malaysia dan mengadakan solat jenazah di Pusat Islam.

Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Malaysia dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH 94 pada pukul 1.40 pagi Sabtu pagi, kata Ahmad. – mks.