HUDUD DAN NEGARA BERKEBAJIKAN

Tinggalkan komen

image

Salam perjuangan,
Alhamdulilah kita masih dihidupkan oleh Allah pada hari ini hari jumaat yg mulia penghulu segala hari. Minggu ini isu hudud dihidupkan kembali oleh Dato Mustapha Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan bahawa hudud sudah tidak menjadi agenda PAS kerana telah bertukar kepada negara berkebajikan. Dr Mahathir pulak meminta Tok Guru meneruskan hasrat laksanakan hudud dengan alasan bahawa beliau bukan lagi PM. Manakala Tok Guru Nik Aziz menegaskan bahawa hudud tetap menjadi agenda perjuangan PAS yang belum selesai. Beliau juga meminta PM Najib supaya menarik balik surat larangan kepada Kelantan kerana surat itu di buat atas nama Kerajaan dan PM bukannya atas bodi Mahathir.

Dewan Pemuda Negeri Kelantan juga mencabar supaya umno mengemukakan hujah yg kukuh untuk menafikan bhw hudud tiada dalam perjuangan PAS. DPPNK bersedia menganjurkan satu forum ilmiah yg melibatkan ahli panel dari kedua2 parti utk berdiskusi soal hudud dalam konteks negara berkebajikan. Janganlah akibat kesumat dendam telah mengaburi mata umno utk melihat kebenaran yg cuba di bawa oleh PAS dan PR. Mungkin juga slogan negara berkebajikan telah menggerunkan umno dan bimbang rakyat akan menolak mereka kerana bebanan yg ditanggung oleh rakyat akibat kenaikan harga barang, kemelesetan ekonomi dll.

Marilah kita memahami terlebih dahulu konsep negara berkebajikan yg ingin di bawa oleh PAS. Berkebajikan itu sendiri luas maknanya iaitu termasuk meujudkan keadaan kesejahteraan, keamanan,keadilan, keselamatan dll. Keyakinan PAS fenomena itu hanya boleh di capai apabila kita semua menerima hukum Allah sebagai panduan yg tertinggi dan melaksanakannya di dalam amalan kehidupan bernegara. Seperti mana kita perlu memahami perkataan rezeki yg bukan hanya di lihat dari sudut wang ringgit sahaja tetapi kesihatan,anak yang berjaya, jauh dari mara bahaya dll yg kita tidak pernah terfikir.  Inilah perbezaan slogan yg di buat oleh PAS berbanding slogan yg di buat oleh UMNO.

SUASANA MAJLIS RAYA PAS PUSAT DI KUIZM

Tinggalkan komen

image

image

image

image

image

Salam perjuangan,

Alhamdulillah saya bersyukur kerana berkesempatan menghadiri majlis hari raya pas pusat di KUIZM gombak. Semua pimpinan utama menghadirinya bermula dari Tuan Guru Mursyidul Am, Tuan Guru Presiden dan lain-lain. Di sini saya titipkan gambar suasana hari raya tersebut.

PELANCARAN PROGRAM ANAK MUDA TETAMU RAMADHAN

Tinggalkan komen

image

image

image

image

Salam perjuangan,
Kelantan sekali lagi menampilkan kelainan bagi sambutan bulan ramadhan kali ini dengan memperkenalkan satu program yg diberi nama anak muda tetamu ramadhan. Program yg akan dijalankan serentak di 225 buah masjid di seluruh kelantan bermula hari ini dan tadarrus perdana pada 26 ramadhan. Ianya melibatkan seramai 10,000 anak muda.

KULIAH HARAKI BERSAMA MB KEL

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…

Alhamdulillah sekali lagi anak muda Kelantan bertuah kerana dapat mengikuti kuliah haraki di masjid pulau Melaka. Harapan tok guru supaya kuliah haraki yg dilancarkan oleh pemuda PAS negeri Kelantan akan melahirkan seorang muslim yg muslih. Kuliah haraki akan mencetuskan fenomena aktif ke atas setiap muslim. Ibarat air bertakung akan memberikan masalah berbanding dengan air yg mengalir. Harapan yg kedua tok guru ialah mengenali arahan dan larangan Allah. Jangan manusia jadi alpa, angkuh, degil apabila sudah memiliki segalanya spt wang, pangkat, pengaruh kuat dll. Semoga peringatan ini menjadi renungan yg amat bermakna kepada setiap muslim..

FINAL BOLA LIGA DUN SALOR

Tinggalkan komen

image

image

image

image

image

Salam perjuangan…

Alhamdulillah malam ini tibalah acara kemuncak karnival sukan dun salor iaitu final bolasepak di stadium. Kejohanan yg pertama kalinya dianjurkan oleh Kelab Salor Juara menyaksikan johan dimiliki oleh pasukan dari seb pasir mas manakala naib johan pulak dimenangi oleh gaung pendek. YB Dato Husam selaku ADUN Salor turut sama memeriahkan kejohanan pada malam ini. Apa yang membanggakan ialah kehadiran bekas-bekas pemain kelantan dan juga nasional seperti dali omar, hamid ghani, salleh ketereh, mahadi dll.

Untuk seterusnya kelab salor juara akan menganjurkan klinik bola sepak yg akan dikendalikan oleh bekas pemain kelantan. Selain itu, satu seminar hala tuju bola sepak dun salor akan diadakan selepas raya nanti. Sesiapa yg berminat utk menyertsinya boleh hubungi no tel pej 09-7011604.

PERLUKAH LAGI PERPADUAN UMNO DAN PAS ???

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…..

Kembali hangat isu perpaduan di antara PAS dan UMNO diperkatakan. Pelbagai pandangan dikemukakan sebagai respon kepada kenyataan pelbagai pihak. Terbaru kenyataan dari Mufti Perlis yang  melabelkan orang yang menghalang perpaduan PAS dan UMNO sebagai pengkhianat kepada Islam.

Saya teringat kepada kenyataan Tok Guru Mursidul Am bahawa PAS sedia bergabung dengan UMNO dengan satu syarat iaitu UMNO mesti mengubah dasar perjuangan kepada dasar Islam.  Keterbukaan Tok Guru jelas dan sepatutnya jika UMNO bersungguh benar ingin bersatu dengan PAS maka sepatutnya UMNO telah meminda perlembagaan parti mereka.

Ya, mungkin juga pandangan mufti perlis itu ada kebenarannya iaitu bergabung bukan semestinya berada dalam satu parti tetapi boleh bergabung dari segi idea dan perjuangan untuk kebaikan agama dan orang melayu. Saya boleh bersetuju dengan pandangan ini di mana PAS sentiasa bersedia bersatu dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan umat Islam seperti isu palestin, isu bosnia dll.  Namun dalam masa yang sama UMNO mendiskriminasikan kepentingan orang melayu Islam di beberapa negeri hanya semata-mata kerana diperintah oleh PAS.  Hak royalti minyak di rampas, geran tahunan dilewatkan, penubuhan dua kerajaan di Kelantan dan pelbagai perkara yang di buat oleh UMNO untuk mendera kerajaan yang di pimpin oleh orang melayu Islam.

Jika PAS di ajak bersama dengan UMNO kerana isu PAS menjadi alat kepada DAP maka lebih patut UMNO yang keluar BN dan menyertai PR kerana MCA secara jelas sekarang menentang pergabungan PAS dan UMNO jika matlamat untuk mendirikan sebuah negara Islam. Ayuh UMNO keluar saja dari pakatan yang rapuh BN kerana ianya hanya menunggu masa untuk jatuh. MCA dan MIC sudah tidak relevan lagi. Inilah masa yang sesuai untuk menyahut tawaran Tok Guru supaya UMNO meminda perlembagaan tubuh mereka kepada dasar al-quran dan sunnah untuk membolehkan perpaduan dengan PAS di capai dan pemimpin UMNO terus relevan untuk memerintah selepas PRU 13 nanti…. Jangan terlambat nanti menyesal….

BENARKAH UMNO SOKONG USUL ROYALTI ?

3 Komen

Salam perjuangan…..

Semalam sidang DUN Kelantan telah meluluskan satu usul tergempar dari Presiden BBC yang membenarkan MMK mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menuntut wang royalti termasuk tindakan mahkamah.  Apa yang menariknya ianya turut di sokong oleh ADUN BN.  Bagi saya ini menunjukkan bahawa pendirian YBM Tengku Razaleigh di luar dewan adalah betul dan selaras dengan tindakan ADUN BN di dalam dewan. Jika kenyataan KULI yang menyokong hak Kelantan bagi mendapat Royalti di anggap tidak selaras dengan pendirian UMNO maka apa kurangnya ADUN BN yang terang-terang mengundi untuk menyokong tuntutan wang royalti di dewan.  Apakah ini strategi UMNO yang bimbang rakyat akan melabelkan mereka sebagai pengkhianat kepada rakyat Kelantan jika mereka menolak usul tersebut ?  Sekarang rakyat boleh melihat sandiwara yang dilakonkan oleh pemimpin UMNO dalam isu royalti ini ? Siapa yang sebenarnya ingin membela rakyat dan siapa yang sebenarnya mengkhianati rakyat Kelantan.

Satu lagi mengapa royalti ini perlu diberikan kepada kerajaan Negeri Kelantan ialah untuk membangunkan negeri kelantan dengan pelbagai projek dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat Kelantan.  Bukankah Awang Adek cuba menyalahkan Kerajaan Kelantan apabila ramai anak muda kelantan yang bekerja di luar kelantan. Bukankah Awang Adek jugalah orang yang menghalang bermatian-matian wang royalti diberikan kepada Kerajaan Kelantan?  Menghalang wang royalti bererti menghalang kerajaan untuk membuat pembangunan dan sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Tuduhan ini ibarat menumbuk orang yang sudah diikat tangan kakinya.  Tepuk dada tanyalah isi hati masing-masing siapakah sebenarnya yang berbohong dan siapa sebenar yang betul-betul berjuang untuk rakyat Kelantan ?

SIAPA AKAN PEDULI ???

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….

Perkembangan muttakhir ini di dalam PAS membimbangkan saya yang kerdil ini apabila melihat luahan, rintihan atau bantahan orang bawah seolah tidak bermakna kepada pimpinan tertinggi PAS.  Kekalutan dari keputusan jawatankuasa disiplin PAS yang dipengerusikan oleh seorang Ulama juga tidak berkesudahan hujung pangkalnya dan menimbulkan pentafsiran yang pelbagai dari perspektif masing-masing. 

Seorang pimpinan tidak mungkin akan menjadi seorang pemimpin jika tidak dipersetujui oleh ahli bawahan.  Semasa menawarkan diri untuk menjadi pemimpin maka ahli bawahan akan menjadi raja. Semua kehendak dan cadangan mungkin akan diikuti sepenuhnya namun malangnya apabila sudah menjadi pemimpin maka setengah pemimpin akan berkata apa yang orang bawah tahu mengenai sesuatu isu maka segala pandangan dan cadangan orang bawah kekadangnya akan dimasukkan ke bawah karpet. Apa yang menyedihkan lagi jika mahu berurusan pun tidak sempat kerana alasan kesibukan memikul amanah yang di galas.  Haruslah diingat rakyat atau ahli lah yang mengangkat kita menjadi pemimpin. Jesteru kesilapan dan tingkah laku pemimpin mungkin menyebabkan PAS akan di tolak oleh rakyat suatu hari nanti jika pemimpin merasai diri mereka sudah hebat dan tidak perlukan pandangan kedua dari orang bawahan atau ahli kita sendiri…

Apalah salahnya jika mendengar luahan dan cadangan dari orang bawahan dan mengakui kesilapan kita sepertimana Tok Guru Nik Aziz sendiri telah mengakui kesilapan beliau di dalam beberapa isu yang melibatkan kepentingan kerajaan dan rakyat Negeri Kelantan dan bersedia untuk membetulkannya semula apabila mendapat bantahan dan pandangan dari orang bawahan.

Saya menulis ialah dari penelitian saya terhadap perkembangan yang berlaku di dalam PAS yang kita semua sayang.  Sebagai seorang ahli yang ingin melihat PAS menerajui Putrajaya dan sekaligus menegakkan kalimah Allah di Malaysia tercinta sudah tentu tidak salah jika saya menulis berdasarkan penelitian saya.  Semoga saya dan semua pimpinan akan diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk menghadapi semua ujian dalam meneruskan perjuangan ini.

PAS ATAU UMNO TIDAK UTAMAKAN RAKYAT

1 Komen

Salam perjuangan…..

Tiba-tiba kita semua dikejutkan dengan penubuhan satu jawatankuasa untuk mengendalikan wang ehsan yang ditubuhkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan dan wakil Kerajaan Negeri Kelantan akan di jemput untuk turut sama berada di dalam Jawatankuasa tersebut. Maka apabila YAB Tok Guru Nik Ab Aziz Nik Mat MB Kelantan yang sah menolak tawaran tersebut dan menganggap kerajaan Pusat mencuri harta rakyat Kelantan maka dihebohkan tindakan tersebut akan merugikan rakyat Kelantan.  Saya sendiri merasa hairan bagaimana PAS pula yang di tuduh mengambil tindakan merugikan rakyat Kelantan sedangkan jika kita masih ingat sewaktu mula-mula Kerajaan Negeri Kelantan menyuarakan keinginan Kerajaan Negeri untuk menuntut wang royalti setelah sekian lama perkara ini disembunyikan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu bermula 2004 lagi malah kawasan perairan dengan Negeri Terengganu juga telah sekian lama mengeluarkan hasil minyaknya,  siapa orang yang menidakkan tuntutan royalti tersebut ?  Bukankah Dato Pa dan Dato Awang Adek dengan lantangnya mengatakan bahawa Kelantan tidak mempunyai hak untuk menuntut royalti tersebut dengan pelbagai alasan yang gagal di terima oleh kita semua.

Hari ini tiba-tiba Dato Pa mengatakan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan menolak untuk menganggotai jawatankuasa yang ditubuhkan oleh JPPK tersebut sebagai tindakan yang merugikan rakyat Kelantan. Apakah tindakan beliau dan awang adek yang menafikan secara terus-terusan hak rakyat Kelantan bukan satu tindakan yang merugikan rakyat Kelantan ? Kenapa hari ini baru hendak menjadi juara rakyat sedangkan sepatutnya UMNO lah orang yang terkehadapan untuk menuntut royalti tersebut iaitu setelah pengeluaran minyak di sekitar perairan Kelantan samada di kawasan pertindihan, persempadanan atau tidak.  Jika tidak kerana YB Dato Husam Musa dapat menghidu persembunyian fakta pengeluaran minyak dari telaga milik rakyat Kelantan maka saya rasa selagi itulah UMNO akan mendiamkan diri dan tidak akan menuntut royalti minyak untuk dinikmati oleh rakyat Kelantan.

Saya kira rakyat Kelantan amat matang dengan sepak terajang politik yang cuba dimainkan oleh UMNO bagi menidakkan perjuangan PAS dan sekaligus menangguk di air yang keruh untuk menjulang nama UMNO sebagai juara rakyat.  “Muka tak malu ” inilah istilah yang sepatutnya kita katakan kepada Dato Pa, Dato Awang Adek dan kuncu-kuncunya…….

Ayuh rakyat Kelantan kita sama-sama hadirkan diri di Stadium Sultan Mohamad Ke IV pada 28 jan 2010 iaitu hari Khamis (esok) bermula maghrib untuk sama-sama kita bermunajat semoga Perdana Menteri akan setuju membayar wang royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan bukannya wang ehsan melalui JPP selain kita mendengar penjelasan terbuka oleh YBM Tengku Razaleigh selaku pengerusi Petronas pada masa perjanjian dilakukan dulu.

800 Juta : Hutang PAS atau UMNO ??

4 Komen

Salam perjuangan…..

Sehari dua menjelang tahun baru, Kerajaan Negeri Kelantan dikejutkan dengan saman 800 juta dari sebuah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation. Kes ini telah mendapat liputan di dalam akhbar sinar harian dll.  Apa yang saya ingin kemukakan di sini ialah tindakan membatalkan konsesi tersebut ialah dilakukan pada tahun 1975 di mana pada waktu itu PAS telah bersama UMNO membentuk kerajaan Perikatan dan memerintah Negeri Kelantan. Manakala wakil pihak Kerajaan Negeri tidak pun melibatkan wakil dari PAS semasa mengadakan rundingan dan seterusnya membatalkan perjanjian tersebut dengan kaedah bayaran saguhati kepada syarikat atas kehendak  Kerajaan Persekutuan tanpa penyelesaian di mahkamah. Hasilnya seperti kita semua tahu, pihak syarikat telah memenangi saman yang diisytiharkan oleh mahkamah tinggi baru-baru ini.

Apa yang saya sedihnya ialah semasa Tok Guru mengambil alih kepimpinan Negeri Kelantan pada tahun 1990 yang lalu pihak Kerajaan negeri terpaksa membayar Hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan UMNO pada masa itu sebanyak rm 700 juta.  Sekarang nampaknya bebanan hutang oleh Kerajaan perikatan pula yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Tok Guru sebanyak RM 800 juta.  Memang betul la tohmohan sesetengah pihak bahawa UMNo hanya pandai membuat hutang tetapi tidak pandai membuat wang.  Patutlah duit berbillion ringgit di zaman mahatir dan pak lah hilang lenyap begitu saja tanpa di ketahui ke mana pergi dan untuk siapa di belanja wang tersebut ??? Ini belum di semak hutang negara semenjak UMNO memerintah Malaysia 53 tahun yang lalu ???? Adakah rakyat Malaysia sanggup membiarkan UMNO terus memerintah Malaysia pada PRU ke 13 nanti setelah track rekod UMNO yang begitu teruk sekali ???? Tepuk dada tanyalah iman dan terjemahkan kepada kertas undi nanti… Lawan tetap lawan….

Older Entries