Lebih 12 juta Pengundi Akan Tentukan Kerajaan Baru Malaysia : PR @ BN

1 Komen

Salam perjuangan..
Dengan pengumuman ini bererti mana pemilih baru yg berdaftar pada ST1/12 tidak layak mengundi pada pru 13. Angka lebih 12 juta itu tentunya melibatkan hampir 50% pegundi muda lelaki dan perempuan. Dengan maklumat media baru yg dicapai oleh mereka menjanjikan saingan yg sengit bagi PR@BN utk membentuk kerajaan baru Malaysia selepas pru 13. Demi pilihan terbaik utk sebuah kerajaan yg amanah,adil,bebas rasuah dan berkebajikan maka saya menyeru anak muda dan semua rakyat Malaysia marilah sama2 kita memilih PR sebagai parti yg akan memerintah Malaysia.
——————————————KUALA LUMPUR — Seramai 12,595,268 orang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 selepas nama mereka diperakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata jumlah pemilih berdaftar itu adalah daripada Daftar Pemilih Induk Tahun (DPT) 2010 dan empat DPT sepanjang 2011 mengikut Peraturan 22 (1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

DPT Suku Tahun 4/2011 bagi tempoh 1 Okt hingga 31 Dis 2011 mengandungi 259,590 permohonan untuk menjadi pemilih yang terdiri daripada 188,654 pendaftaran baru dan 70,936 pendaftaran tukar alamat pusat mengundi.

“Daftar ini akan diwartakan pada 20 Mac depan. Pewartaan ini melibatkan permohonan pendaftaran baru atau bertukar alamat pusat mengundi bagi bahagian-bahagian pilihan raya yang tidak terlibat dengan tuntutan atau bantahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagi pemohon yang nama mereka terlibat dengan bantahan, beliau berkata SPR menangguhkan pemerakuan permohonan itu sehingga selesai siasatan awam SPR keatasnya.

Sabri berkata sepanjang tempoh pameran Rang DPT ST4/2011 dari 8 hingga 14 Feb lepas, SPR menerima 804 bantahan yang melibatkan 17 bahagian pilihan raya Parlimen dan kesemua bantahan itu masih belum diselesaikan.

Kawasan yang terlibat ialah Jerlun dan Bandar Baru Kulim (Kedah), Bachok dan Ketereh (Kelantan), Marang dan Hulu Terengganu (Terengganu), Tanjong Karang, Gombak, Pandan, Hulu Langat, Serdang, Puchong, Subang, Shah Alam, Kapar dan Kota Raja (Selangor) serta Seremban (Negeri Sembilan).

Beliau berkata pemilih berdaftar dalam tempoh suku tahun berkenaan boleh menyemak maklumat pendaftaran mereka di talian 03-8885 6565 atau di laman web http://www.spr.gov.my atau melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip
SPRSEMAKNo Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 mulai 20 Mac ini. — Bernama

Tunaikan Kewajipan Anda

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….

Esok 6 Mac bermula pegundian PRK di DUN Merlimau dan Kerdau.  Ramalan yang telah di buat oleh pensyarah Sains Politik bahawa BN akan menang dengan majoriti yang lebih besar di kedua-dua DUN.  Saya juga boleh bersetuju dengan pendapat beliau.  Jika di lihat kepada keputusan PRK yang lepas tidak mustahil undi BN akan bertambah.  Selain itu saya juga merasakan kelemahan faktor dalaman PAS  sendiri tidak boleh di pandang ringan.  Pada penelitian saya sepanjang 3 hari saya berada di Kerdau didapati jentera PAS tidak di susun dengan baik untuk menjalankan gerak kerja Pilihanraya.  Kekurangan petugas yang strategik juga menyebabkan PAS agak perlahan dalam setiap tindakan.  Di samping kehadiran jentera pembantu yang di lihat tidak banyak juga membantu untuk menjalankan gerak kerja strategik.  Pendekatan yang sama dilakukan oleh PAS di setiap PRK menyebabkan jentera PAS gagal menandingi kecekapan jentera BN semnetelah mereka di bantu dengan pelbagai agensi dan kemudahan yang lebih canggih dari PAS.

Jentera Pemuda PAS sendiri yang di lihat kurang membantu dan berkesan dalam gerak kerja pr. Adik-adik yang balik dari Mesir di lihat banyak membantu jentera pemuda sedangkan mereka tidak di urus dengan baik di samping pengalaman gerak kerja pr yang kurang.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk menyeru kepada semua pengundi supaya keluar mengundi lebih awal dan pilihlah calon yang mampu memimpin kita bukan setakat di dunia tetapi sampai ke akhirat.  Selamat mengundi calon PAS….

SELAMAT MENGUNDI..

Tinggalkan komen

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..

Alhamdulillah, hari ini hari mengundi.
Kepada anda yang layak…
Sumbangkan undi anda untuk agama,rakyat,
bangsa, negara, demokrasi, keadilan, perjuangan, bahasa.

Keluarlah mengundi. Laksanakan hak kita.
InsyaAllah kemenangan milik Rakyat.Undilah calon PR.

Hapuskan perasuah dari muka bumi ini.

Buat semua petugas.
Selamat berjuang peraih undi.
Lawan tetap lawan.

Ingat.. Undi PAS di Bukit Gantang, PKR di Bukit Selambau dan Batang Ai

Banyakkan berdoa.
Banyakkan beristighfar.
InsyaAllah.

najibun4

SENARAI PENUH CALON PAS & PKR KELANTAN

1 Komen

Sumber info, Harakah Daily, PAS Kelantan & Utusan Malaysia

P.019 – TUMPAT – Dato’ Kamaruddin Jaaffar – PAS
N.01 – Pengkalan Kubor – Mohamad Hassan Ibrahim – PKR
N.02 – Kelaboran – Mohd Zaki Ibrahim – PAS
N.03 – Pasir Pekan – Dato’ Ahmad Yaacob – PAS
N.04 – Wakaf Bharu – Che Abdullah Mat Nawi – PAS

P.020 – Pengkalan Chepa – Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman – PAS
N.05 – Kijang – Wan Ubaidah Omar – PAS
N.06 – Chempaka – Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat – PAS
N.07 – Panchor – Mohd Amar Abdullah – PAS

P.021 – Kota Bharu – Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah – PAS
N.08 – Tanjong Mas – Rohani Ibrahim – PAS
N.09 – Kota Lama – Dato’ Anuar Tan Abdullah – PAS
N.10 – Bunut Payong – Dato’ Takiyuddin Hassan – PAS

P.022 – Pasir Mas – Dato’ Ibrahim Ali – (bertanding atas tiket PAS)
N.11 – Tendong – Dr Mohamad Md Daud – PAS
N.12 – Pengkalan Pasir – Hanifa Ahmad – PAS
N.13 – Chetok – Abdul Halim Abdul Rahman – PAS

P.023 – Rantau Panjang – Siti Zailah Mohd Yusoff – PAS
N.14 – Meranti – Nassuruddin Daud – PAS
N.15 – Gual Periok – Mohamad Awang – PAS
N.16 – Bukit Tuku – Abdul Fatah Harun – PAS

P.024 – Kubang Kerian – Salahuddin Ayub – PAS
N.17 – Salor – Dato’ Husam Musa – PAS
N.18 – Pasir Tumboh – Ahmad Baihaki Atiqullah – PAS
N.19 – Demit – Muhamad Mustafa – PAS

P.025 – Bachok – Nasharudin Mat Isa – PAS
N.20 – Tawang – Hassan Mohamood – PAS
N.21 – Perupok – Dato’ Omar Mohamad – PAS
N.22 – Jelawat – Abdul Aziz Abdul Kadir – PAS

P.026 – Ketereh – Abd Aziz b. Kadir – PKR
N.23 – Melor – Wan Ismail Wan Jusoh – PAS
N.24 – Kadok – Azami Mohd Noor – PAS
N.25 – Kok Lanas – Dato’ Ahmad Rosli Ibrahim – PAS

P.027 – Tanah Merah – AMRAN B ABD GHANI – PKR
N.26 – Bukit Panau – Abdul Fattah Mahmood – PAS
N.27 – Gual Ipoh – Wan Yusoff Wan Mustafa – PAS
N.28 – Kemahang – Md Anizam Abdul Rahman – PAS

P.028 – Pasir Puteh – Muhammad Hussin – PAS
N.29 – Selising – Drs Saiful Bahrin Mohamad – PAS
N.30 – Limbongan – Drs Zainuddin Awang Hamat – PAS
N.31 – Semerak – Wan Hassan Wan Ibrahim – PAS
N.32 – Gaal – Dr Nik Mazian Nik Mohamad – PAS

P.029 – Machang – Saifuddin Nasution b. Ismail – PKR
N.33 – Pulai Chondong – Zulkifli Mamat – PAS
N.34 – Temangan – Dr Mohd Fadzli Datuk Hassan – PAS
N.35 – Kemuning – Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman – PAS

P.030 – Jeli – Hj. Mat Rashid b. Jais – PAS
N.36 – Bukit Bunga – Sufely Abdul Razak – PAS
N.37 – Ayer Lanas – Abdullah Ya’kub – PAS
N.38 – Kuala Balah – Hj Mohd Apandi – PKR

P.031 – Kuala Krai – Dr Mohd Hatta Md Ramli – PAS
N.39 – Mengkebang – Abdul Latiff Abdul Rahman – PAS
N.40 – Guchil – Tuan Zamri Ariff – PKR
N.41 – Manek Urai – Ismail Yaacob – PAS
N.42 – Dabong – Arifabillah @ Mohd. Asri Ibrahim – PAS

P.032 – Gua Musang – Dr Zulkifli b Mohamad – PAS
N.43 – Nenggiri – Mohd Zuki Ibrahim – PKR
N.44 – Paloh – Reizal b Abd Rahim – PKR
N.45 – Galas – Che Hashim Sulaima – PAS

CALON :- FAKTOR KEMENANGAN DALAM PRU

Tinggalkan komen

ASSALAMUALAIKUM..

Sebagaimana kita maklum, sehingga semalam semua parti samada PAS, BN dan PKR masih belum memutuskan dengan muktamad senarai calon di Kelantan. Semuanya masih diperingkat perbincangan dan keputusannya nanti terpulang sepenuhnya kepada pimpinan tertinggi parti masing-masing. Kadang-kadang senarai calon yang dikemukakan itu masih boleh berubah lagi, walaupun disaat-saat akhir menjelang hari penamaan calon. Banyak faktor dan urusan perlu dikaji yang memerlukan penelitian mendalam. Kerana sekiranya silap percaturan, ianya boleh memakan diri. Begitulah rumitnya untuk mengesahkan senarai calon, kerana selagi tidak mengisi borang pencalonan maka selagi itulah seseorang itu belum pasti akan bertanding.

Semalam, kesemua Jawatankuasa Harian PAS kawasan mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan PAS Kelantan untuk dikemukakan senarai calon yang diputuskan bagi bacaan kali pertama. Meneliti kepada perkembangan di dalam perjumpaan tersebut, didapati ramai yang sebelum ini diura-urakan bertanding, akhirnya namanya tiada dalam senarai akhir calon. Seperti yang saya nyatakan tadi, kesemuanya boleh berubah walaupun disaat-saat akhir pada hari penamaan calon. Saya bersyukur kerana bagi Parlimen Kubang Kerian semua nama yang diputuskan oleh pimpinan untuk menjadi calon dalam PRU nanti, merupakan orang yang hebat dan InsyaAllah akan mengekalkan kemenangan yang lepas.

Perkembangan dunia politik masa kini cukup menggerunkan parti politik yang akan bertanding. Perubahan sikap pegundi pada hari ini bukan lagi memilih parti bertanding tetapi akan memilih calon yang bertanding. Walaupun PAS sebagai sebuah gerakan Islam tetapi kalau silap percaturan meletakkan calon, maka rakyat boleh memejam mata untuk mengundi calon yang disukai walaupun dari BN dan begitulah sebaliknya. Pertembungan yang sengit nanti, tentunya meminta komitmen yang tinggi dari semua jentera khasnya di semua peti undi. Kenapa? kerana di situlah terletaknya benteng pertahanan terakhir bagi setiap parti. Sekiranya kuat di Unit Peti Undi (UPU), maka tanda-tanda kemenangan akan lebih terjamin.

Di antara jentera yang terpenting ialah Polling Agent dan Counting Agent (PAKA). Penipuan akan lebih mudah berlaku jika mereka ini tidak peka, mahir dengan bidang tugas mereka. Semua pengundi yang berada di UPU perlu dikenali satu persatu kerana di bimbangi wujudnya pengundi hantu. Terkini juga, saya mendapat satu maklumat rahsia bahawa strategi mengalahkan PAS di Terengganu akan digunapakai disini. Strategi yang dimaksudkan ialah dengan menggunakan kad pengenalan yang dimasukkan gambar pengundi lain serta menggunakan nama pengundi yang ada dalam senarai tetapi tidak pernah keluar mengundi semasa PRU yang lalu. Oleh itu, PAKA perlu berhati-hati dengan taktik kotor ini.

Apa pun, rakyat sekali lagi diberi peluang untuk menggunakan hak bagi memilih kerajaan yang mereka yakini mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka. Sementara parti pemerintah menjadikan pilihan raya sebagai landasan untuk mendapatkan mandat baru bagi terus menipu rakyat, manakala parti pembangkang pula sekali lagi akan mencuba nasib dengan menawarkan pilihan yang terbaik kepada rakyat. Manakala, ikrar jentera PAS di semua UPU pada kali ini ialah, sanggup mengorbankan apa saja termasuk nyawa sendiri demi mempertahankan Kerajaan Islam Kelantan.

Allahu Akbar