SKANDAL VIDEO SEKS PEMIMPIN – part 2

1 Komen

Salam perjuangan……..

Dengan kuasa Allah maka orang yang terlibat dengan penayangan video seks pemimpin telah mengaku secara terbuka. Datuk ‘T’ sebenarnya mewakili Trio bermakna tiga individu Datuk yang terlibat.  Datuk Rahim Tamby Chik bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Eskay Abdullah dan Datuk Shuib bendahari Perkasa.  Nazri Aziz pula melatah dengan mengatakan jangan kaitkan mereka bertiga ini dengan UMNO kerana mereka bertindak di atas kapasiti sendiri.  Orang yang menonton video seks tersebut telah di panggil oleh polis untuk di siasat tetapi orang yang bertanggungjawab menayangkan belum di panggil.  Macam mana perkara ini berlaku ? Sedangkan wartawan itu di jemput oleh datuk T untuk melihat video itu. Bimbangnya nanti anak bilis yang di dakwa tetapi jerung seperti biasa akan terlepas.  Jika Datuk Nazri beriya-iya menafikan penglibatan UMNO dalam isu video ini maka sepatutnya Datuk Nazri mengeluarkan kenyataan supaya pihak yang berwajib menyiasat segera untuk membersihkan nama UMNO dalam isu ini.  Setakat pagi ini Pemimpin UMNO yang lebih tinggi tidak menafikan lagi penglibatan UMNO dalam isu ini.  Jika mereka nafi dan merasa malu dengan perilaku ahli UMNO yang telah memburukkan nama UMNO dalam isu video seks ini sepatutnya mereka mengambil tindakan disiplin ke atas ahli UMNO yang terlibat dan mengarahkan segera polis untuk menahan dan menyiasat Datuk T yang telah mencemarkan nama baik UMNO.

Saya tidak akan menyerahkan video ini kepada polis.. kata Datuk T.  Saya sebagai rakyat Malaysia baru mengetahui bahawa ada keadaan di mana kita berhak untuk tidak menyerahkan kepada polis apabila polis meminta sesuatu dengan kita khasnya barang bukti sesuatu kes.  Jika begitulah kedudukannya maka analogi yang sama mungkin boleh digunakan ketika JPJ atau Polis mengadakan sekatan jalanraya kita juga boleh untuk tidak menyerahkan apa saja barang-barang kita seperti lesen dll apabila di minta polis dan JPJ untuk di lihat.  Satu lagi kenyataan yang tidak sedap di dengar ialah pada mula-mula tayangan video seks ini dipertontonkan maka pihak polis mengatakan tidak dapat bertindak kerana tidak ada laporan polis untuk membolehkan polis memulakan siasatan. Jika begitulah keadaannya maka analogi yang lain juga mungkin boleh berlaku iaitu seorang wanita sedang di rogol oleh seorang lelaki di hadapan polis tetapi polis tersebut tidak boleh berbuat apa-apa kerana wanita yang di rogol itu belum membuat laporan polis bahawa beliau telah di rogol.  Inikah bentuk keselamatan yang digunapakai untuk melindungi rakyat Malaysia ?

BUAT TATAPAN SEMUA…

Tinggalkan komen

PURNAMA MENYINAR…

Berikut adalah merupakan video perang bendera sepanjang jalan ke Kedai Lalat dari Chabang 4 Binjai…Tahniahh buat petugas dari UPU yang terbabit 🙂

MANIFESTO KAMI :- MEMENUHI KEHENDAK RAKYAT

1 Komen

ASSALAMUALAIKUM…

Sehari dua ini agak sibuk, namun diluangkan juga sedikit masa utk ber’blog’. 🙂

Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri dua majlis taklimat manifesto. Satunya dikendalikan oleh PAS Pusat & satu lagi oleh PAS Kelantan. Alhamdulillah, saya mempunyai keyakinan yang cukup tinggi seandainya manifesto ini diberi pendedahan yang sewajarnya oleh pihak media massa, nescaya 100% rakyat akan memihak kepada kita. Sebagaimana yang berlaku di US, di mana medianya tidak berpihak kepada sesiapapun. Baru-baru ini, disiar siaran langsung Debat Perdana antara Obama dan Hillary yang disiar secara live disaksikan oleh jutaan rakyat.

Pemimpin berkenaan masing-masing mengemukakan manifestonya sendiri kepada rakyat, tentang apa yang akan dilakukan sekiranya memenangi kerusi Presiden Amerika. Seronok juga melihat ketelusan, kebebasan media di sana. Cukup terbuka. Walaupun kita mengetahui, ianya adalah sebuah negara sekular yang terbesar dunia. Tanpa diduga saya mula memasang angan-angan, andainya ianya berlaku di Malaysia. Alangkah bagusnya. Kenapa ianya berlaku di negara sekular & tidak di negara Islam Hadhari yang disayangi ini.

RESAH GELISAH

Apa pun kini, UMNO kian tidak senang, gelisah, resah dengan tawaran PAS dalam manifestonya. Buktinya, saban hari mereka kian ‘bernafsu’ dan semakin ghairah menghentam pembangkang. Baik dalam akhbar, radio mahupun tv. Kesemuanya menjadi agen kepada UMNO. Naik muak, loya mendengarnya. Bodek sana bodek sini, ampu sana ampu sini.

Terkini pula, ada segelintir dari mereka mempersoalkan bagaimana PAS mampu melaksanakan semua tawaran tersebut kerana PAS belum pernah memerintah. PAS lemah, tiada upaya!

Alangkah tidak cerdik dan rendahnya mentaliti pemimpin tersebut. Umpama menuduh si lelaki mandul, sedangkan dia belum berkahwin!! Macamana dia tahu kita tidak mampu? Janganlah berhujah tanpa bukti. Kuasa rakyat penentu segalanya. Oleh itu saya mengajak rakyat supaya berilah peluang kepada BA untuk membuktikan bagaimana negara ini ditadbir nanti? Kacau bilaukah? Atau penuh dengan kebajikan untuk rakyat.

Sebagaimana dalam ‘posting’ yang lepas, berkali-kali saya mengulangi kenyataan sekiranya berjaya mentadbir negara dalam PRU 12 ini. Maka rakyat akan menilai sendiri dengan apa yang PAS akan lakukan, sekiranya terbukti kami bercakap kosong, maka jangan ragu lagi untuk mengembalikan semula pemerintahan ini kepada BN dalam PRU 13 nanti.

Tak percaya? ayuhh.. undi PAS, kami akan buktikan!

 

untitled.jpg

MANIFESTO UNTUK RAKYAT – Kerajaan Beramanah, Adil, Bersih & Berkebajikan

Rakaman tahniah dan syabas kepada manifesto yang hebat ini. Ianya merangkumi semua keperluan, kebajikan, mahupun keselesaan kepada semua golongan. Samada petani, peniaga, pelajar, si kaya, si miskin, pekerja sektor awam dan swasta, lelaki dan perempuan. Antara tawaran utama manifesto tersebut ialah :-

1. Menurunkan harga minyak petrol, diesel & gas
2. Memberikan pendidikan percuma dari sekolah pra sekolah hingga universiti
3. Mewujudkan skim Pembiayaan Kesihatan Nasional (SPKN)
4. Melaksanakan AKTA gaji minima.
5. Memperkenalkan cuti ehsan 14 hari kepada mereka yang kematian suami/isteri
6. Menambahbaik sistem PTK dan menhapuskan akujanji untuk kakitangan awam.
7. Meminda, memansuhkan beberapa akta yang zalim (ISA, AUKU, OSA)

Alangkah baiknya seandainya manifesto ini dapat di sebar & di hayati oleh rakyat melalui akses media, sebagaimana kisah di US tadi. Sekaligus memberikan keyakinan kepada kami ke arah berjuang bagi memerintah Malaysia. Jika kena dengan strateginya, tidak mustahil kemenangan akan memihak kepada Barisan Alternatif dan bertukarlah kerajaan yang zalim ini nanti. Sifir mudah bagi undi yang diperlukan adalah sebagaimana berikut :-

* 50 % undi melayu
* 55 % undi cina
* 40 % undi India

Buat semua pejuang. Berusahalah untuk merealisasikan apa yang diimpikan oleh kita semua. Teruskan perjuangan dan jangan leka untuk memastikan kesemua hampir 728,000 pengundi di Kelantan mengundi BA. Kuatkanlah iman untuk terus mempertahankan kerajaan Tok Guru ini.

Allahu Akbar !!