SALAM PERJUANGAN..

Baru-baru ini, kita disajikan dengan sidang media oleh ‘orang tersohor’ abad ini, penganalisis politik kita yang tersayang, Abd Razak Baginda yang tampil dengan gah laksana hulubalang membela ‘bossnya, Ustaz Najib Razak. šŸ™‚

Alangkah bersungguhnya beliau menafikan sama sekali penglibatan Najib dan Rosmah dengan perkara ini.

”Ini semua FITNAH oleh blogger-blogger”,

”Pemandu teksi pun boleh memiliki blog sendiri”. ujarnya lagi. Hebat hebat šŸ™‚

Soalnya sekarang. Apa tujuan Razak tampil membela ‘boss’nya secara terang terangan.

Tahukah kita bahawa isu pembunuhan Altantuya bukanlah isu jenayah, bahkan meliputi tahap keselamatan negara dan kepincangan sistem kerajaan yang ada sekarang. Isunya adalah bagaimana bom C4 boleh digunakan di dalam jenayah ini? Mengapa yang terlibat adalah anggota Unit Tindakan Khas yang merupakan kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara?

Banyak persoalan yang perlu dijawab. Kenapa & mengapa?

Mengapa gadis itu perlu dibunuh sebegitu kejam hingga diletupkan? Mengapakah motif pembunuhan masih tidak dapat dibentuk hingga sekarang oleh pihak pendakwaan? Siapakah yang meraih untung dari kematian Altantuya? Semua ini masih tidak dijawab dari prosiding mahkamah mahupun siasatan polis. Bahkan Razak sendiri gagal menerangkan dengan jelas mengapa beliau dikaitkan dengan Altantuya.

Ternyata sidang media semalam menimbulkan seribu satu tanda tanya apakah sistem kehakiman negara akan berkubur selepas ini. Semuanya hanya kerana kerana dua tiga indidvidu yang merasakan diri mereka lebih tinggi dari undang-undang negara. Sumpah dan penafian di media menjadi kayu pengukur kepada tahap kebenaran seseorang itu.

TERINGAT PULA PADA SUMPAH ADINDA SAIFUL…

Ternyata sistem kehakiman negara telah busuk, bernanah dan dikuburkan. Saya juga ingin mengucapkan “tahiah” buat Razak yang akan menyambung PhD di Oxford. Belajar rajin-rajin.

baginda