Salam perjuangan….
428 Merupakan tarikh bersejarah kepada negara Malaysia di mana 350 ribu orang berkumpul di Dataran Merdeka KL. Rakyat seluruh negara berduyun-duyun ke ibu negara apabila menteri mengisytiharkan bahawa himpunan tersebut aman dan dibenarkan.
Himpunan yg berlangsung secara aman yang tinggal kira2 45 minit lagi untuk tamat tetapi tanpa amaran tiba2 polis melepaskan bom asap dan semburan kimia untuk meleraikan himpunan aman tersebut. Saya sendiri telah alami sesak nafas, pedih mata dan panas pedih kulit terkena asap. Saya hampir-hampir terjatuh akibat terkena bom asap tersebut. Secara jujurnya saya tidak pernah terkena bom asap semasa bersih 1 dan 2. Namun mengikut maklumat bom asap dan semburan air kimia adalah lebih teruk daripada sebelumnya.

Seperti yg dijangkakan tv dan media arus perdana memainkan peranan utk memutarbelitkan isu himpunan bersih 3.0. Keganasan yg berlaku apabila provokasi dari individu2 yg disyaki sb yg memakai pakaian kuning dan menyelusup masuk di kalangan rakyat.

Saya amat setuju apabila ngo bersih sekali lagi memberikan amaran kepada pengerusi dan timbalan pengerusi SPR adalah ahli umno supaya meletakkan jawatan dalam tempoh 30 hari jika tidak akan berdepan dengan himpunan BERSIH 4.0. Bagaimana ahli umno akan berlaku adil kepada parti2 lain apabila mengendalikan SPR di Malaysia.

image

image

image

image

image