Hairan, hairan…

Musuh no. 1 dunia terang-terangan memuji Pak Lah. Macam hebat je Pak Lah?? Atau perasan hebat.

Kita semua tahu. Apabila Bush memuji sesebuah negara..maknanya ada sesuatu yang tersirat di benaknya. Seumpama suatu ketika dulu, kepimpinan Saddam di puji dan di hormatinya.

Tapi apa jadi selepas itu..

Na’uzubillah…

WASHINGTON, 31 Ogos (Bernama) — Presiden George W. Bush menyifatkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai satu tenaga yang sangat konstruktif bagi Asia Tenggara.

Malaysia adalah satu contoh menarik mengenai bagaimana sebuah masyarakat bebas boleh menangani gerakan-gerakan yang dipercayai boleh menukar dan meminda sifat masyarakat bebas itu.

“Saya menghormati cara Perdana Menteri menggunakan kebebasan dan menggunakan keterbukaan masyarakat untuk menangani mereka yang kecewa. Maksud saya, semua masyarakat mempunyai orang yang kecewa, dan persoalannya ialah sama ada cara mereka meluahkan kekecewaan itu akan membawa kepada keganasan atau membawa kepada keamanan,” kata Presiden itu dalam satu pertemuan meja bulat, yang jarang diadakan, dengan sekumpulan wartawan dari Asia Pasifik, yang turut dihadiri Bernama.

“Malaysia adalah satu contoh sebuah negara di mana kekecewaan disalurkan melalui cara yang positif,” katanya mengulas mengenai kepimpinan Abdullah dalam menangani estremisme dan keganasan di negaranya.

“Saya menghormati Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad) Badawi, mengagumi kepimpinannya,” kata Bush yang telah mengadakan pertemuan dengan Abdullah di White House pada 2004.

history_merdeka.jpg