Salam perjuangan,

Esok 13 Ogos akan bermulalah muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Stadium Indra Mulia, Ipoh. Muktamar yang bermula dengan majllis perasmian di waktu malam dan muktamar penuh akan bermula hari keesokannya. Saya juga akan bergerak menuju ke Ipoh seawal pagi esok sebagai perwakilan pemuda negeri Kelantan dan kemudiannya akan menjadi perwakilan PAS Kawasan Kubang Kerian ke muktamar PAS Pusat yang bermula 15 -17 ogos. Negeri Perak yang baru sahaja di ambil alih oleh Pakatan Rakyat telah di pilih untuk dijadikan tempat persidangan muktamar. Pemilihan tempat adalah unik kerana negeri yang majoriti bukan Islam tetapi yang menjadi Menteri Besarnya ialah di kalangan pemimpin Islam. Ini merupakan test market yang cuba dilakukan oleh PAS untuk melihat sejauh mana sokongan orang bukan Islam terhadap perjuangan Islam. Sama-samalah kita lihat nanti..

Muktamar adalah merupakan tempat perhimpunan para amilin seluruh negara untuk bermuhasabah tentang perkembangan gerakan Islam adakah mereka akan berpuashati dengan segala pencapaian yang dicapai selama setahun yang lalu dan mereka juga akan merangka perancangan untuk setahun yang akan datang.

Saya mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada semua perwakilan Pemuda, Muslimat, Ulama dan PAS Pusat. Kepada perwakilan dan pemerhati diharapkan berhati-hati di jalan raya dan jagalah keselamatan diri untuk meneruskan perjuangan yang tiada penghujung ini.

Yang benar

Sahabat mu Akhi Mohamad Nuri

Advertisements