Salam perjuangan,

Saya berpuashati dengan majlis perasmian semalam yang telah mempamerkan pembabitan semua kaum bermula tarian singa diikuti oleh paluan kompang india dan diakhiri dengan selawat dan paluan kompang melayu. Manakala ucapan dasar Ketua Pemuda yang menampilkan tema yang menarik iaitu “Pertahan Kemenangan”. Banyak gagasan baru yang digariskan oleh Ketua Pemuda untuk dicapai oleh pemuda di seluruh negara. Ucapan Perasmian oleh Timbalan Presiden PAS Pusat pula dilihat sebagai ucapan membela diri dan mempertahankan apa yang dilakukan oleh pimpinan PAS Pusat mengenai isu muzakarah dan muqabalah.

Hari ini hari kedua muktamar DPPP, perbahasan kepada ucapan tema, buku laporan dan juga kewangan dimulakan dengan perwakilan tuan rumah sebagai pembuka bicara. Muktamar kali ini di jangka akan tamat menjelang maghrib kerana akan memberikan laluan kepada panitia muktamar PAS Pusat membuat persiapan untuk majlis perasmian pagi esok. Selepas ucapan penangguhan saya akan menyambung semula update blog ini….

Perbahasan di waktu petang agak menarik perhatian perwakilan. Perbahasan usul yang menarikdi kalangan perwakilan yang mempamerkan pelbagai aksi dan persiapan yang baik. 3 usul yang dibentangkan diterima manakala usul dari negeri Terengganu dan di sokong oleh negeri Pulau Pinang di tolak. Penggulungan oleh YB Ketua Pemuda PAS Pusat patut di puji. Dengan menggulung 2 isu penting iaitu Muzakarah dan Pakatan Rakyat. Saya rasa penjelasan yang diberikan sepatutnya telah menyelesaikan segala kekusutan yang timbul di kalangan perwakilan dan juga tidak berbangkit lagi isu muzakarah dan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat..Ulasan lanjut sila rujuk harakahdaily.net.

Esoknya saya akan terus berada di Ipoh sebagai perwakilan PAS Kawasan Kubang Kerian. Esok adalah masuk hari yang ketiga saya meninggalkan keluarga di Kelantan…rindu pula rasanya bila berjauhan…

GAMBAR2 PERMATANG PAUH

Sila rujuk laman rasmi Pemuda Kbg Kerian http://dp2k3.blogspot.com/