MOHAMAD NURI

Keredhaan Allah Matlamat Kehidupan

SELAMAT DATANG 2010 DAN SELAMAT TINGGAL 2009 Disember 31, 2009

Difailkan di bawah: SEMASA — cikgunurionline @ 7:54 am
Tags: , , ,

Salam perjuangan…

Saya mengmbil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah dan Masihi.  Semoga tahun yang mendatang ini akan menjanjikan kita sejuta berita baik dan mengembirakan buat semua khasnya kepada semua para pejuang Islam yang sedang bertungkus lumus menunaikan tanggunjawab mereka masing-masing.

Kepada semua yang berlaku di dalam tahun 2009 hanyalah tinggal kenangan serta lipatan sejarah yang tidak mampu dipadamkan lagi.  Semua perbuatan baik atau jahat telah direkodkan sebagai tinta sejarah lebih-lebih lagi direkodkan oleh penulis yang setia di kiri kanan kita untuk kita kembali berhadapan dengan Allah SWT bagi menentukan untung baik buruk kita kelak.  Ya Allah ampunilah segala kesalahan ku samada yang disengajakan atau tidak, samada yang diketahui atau tidak, samada yang kecil atau besar, samada terang atau tersembunyi, samada zahir atau batin. 

Senario politik Kelantan yang kembali bergegar diharapkan dapat diselesaikan secara baik pada tahun 2010.  Saya mengharapkan PAS akan kekal di atas landasan dan namanya sebagai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bukannya Parti Asri Sekeluarga menurut tulisan Dato Husam ataupun Parti Ayahzit Sekeluarga menurut tulisan kickdefella.

Marilah semua pihak samada dia Tok Guru, Ustaz, buruh, orang jahil bermuhasabah sebanyak mana kesilapan yang kita lakukan sepanjang 2009.  Masih belum terlewat untuk kita semua bertaubat dan memohon keampunan dari Allah SWT serta memperbetulkan segala kesilapan kita.  Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya…. tetapi harus diingatkan jika kita merasakan diri kita sahaja yang betul dan tidak mahu mendengar nasihat dan teguran dari orang lain maka kita dibimbangi di tipu oleh Syaitan laknatullah…Nauzubillah…

Saya juga menyusun sepuluh jari memohon maaf seandainya tulisan saya mengguriskan perasaan orang yang tidak bersalah.  Saya hanyalah insan biasa bukannya tok guru dan tidak terlepas dari dosa dan kealpaan dalam sepanjang menulis pandangan dan buah fikiran yang tidak seberapa ini.  Maafkan saya…..Ya Allah Ampuni Daku insan yang lemah ini…….

 

Jangan Tiru Artis Barat Disember 21, 2009

Difailkan di bawah: AKHBAR — cikgunurionline @ 5:47 pm
Tags: , ,

Salam perjuangan….

Saya tidak terkejut bila membaca berita di kalangan artis barat yang sanggup berbogel untuk diabadikan pada sekeping potret atas nama seni.  Ada juga di kalangan artis yang melihat bentuk tubuh badan sebagai seni yang mesti di kongsi oleh semua masyarakat.  Adakah di kalangan masyarakat kita di Malaysia yang mempunyai fahaman demikian juga ?


KEIRA KNIGHTLEY


DISEBABKAN cukup mencintai seni artistik, aktres jelita Hollywood, Keira Knightley sanggup beraksi tanpa seurat benang semata-mata mahu memotretkan tubuh menawannya dalam sebuah lukisan.

Pelakon yang pernah membintangi filem Atonement itu dilaporkan mengunjungi Galeri Halcyon di London baru-baru ini sanggup membiarkan tubuhnya dijadikan subjek lukisan ilham pelukis terkenal, Mitch Griffiths. Potret seni itu akan dipamerkan dalam sebuah pameran tidak lama lagi.

Beritahu satu sumber pelakon itu: “Keira rasa terharu dengan pelawaan Mitch yang mahu melakar bentuk badannya dalam keadaan bogel. Ditambah dia begitu mengagumi seni artistik, maka Keira tanpa berfikir panjang terus bersetuju pelawaan itu dengan hati yang girang.

“Mitch memang dikenali sebagai pelukis gambar bentuk badan dan merancang mempamerkan semua lukisan artistiknya dalam sebuah pameran berskala besar. Lantaran itu, Mitch enggan ketinggalan untuk melakar gambar bogel Keira sebagai salah satu hasil seninya.

“Sudah tentu Mitch teruja apabila Keira membenarkan dirinya berbogel sambil dilakar pada sebuah lukisan,” jelasnya.

 

RAMALAN BANJIR KELANTAN JADI KENYATAAN Disember 21, 2009

Difailkan di bawah: 1 — cikgunurionline @ 5:13 am

RANTAU PANJANG – Seramai 92 penduduk daripada 40 keluarga di sekitar Rantau Panjang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir Stesen Kereta Api akibat kenaikan paras air Sungai Golok ekoran hujan lebat dan angin kencang yang melanda negeri ini sejak tiga hari lalu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa perkampungan dan jalan ditenggelami air menyebabkan penduduk di beberapa kawasan menyegerakan persiapan mengemaskan barangan dan dokumen penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Penduduk yang ditemui, Normah Kassim, 35, berkata, dia sangat bimbang jika paras air semakin meningkat kerana dia sekeluarga tidak berpindah bagi menyelamatkan harta bendanya.

“Saya sekeluarga bukan tidak mahu berpindah tetapi demi keselamatan harta benda kami di rumah. Jika ditinggalkan di sini takut dimasuki orang-orang yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kampung Baguh.

Menurutnya, dia reda dengan sebarang kemungkinan berlaku kerana perkampungan tersebut sudah biasa dinaiki air kerana kawasan tersebut rendah dan berdekatan dengan Sungai Golok.

“Namun kami akui setiap kali banjir, sudah tentu barang-barang rumah pasti ada yang rosak kerana tidak sempat untuk diselamatkan. Situasi banjir ini sudah menjadi rutin yang kami terpaksa lalui setiap kali musim tengkujuh tiba,” katanya.

Warga emas, Senit Ahmad, 72 berkata, dia terpaksa segera berpindah ke pusat perpindahan di Stesen Kereta Api Lama, Kampung Kedai Lama disebabkan rumahnya dinaiki air sedari pagi semalam lagi.

“Hujan yang turun kadang kala lebat dengan angin kencang menyebabkan paras air sungai semakin naik dan melimpah ke kawasan kampung ini kira-kira jam 12 tengah hari tadi,” katanya.

Senit berkata, dia bersyukur air banjir kali ini naik pada siang hari kerana jika ia melanda di malam hari, tentu dia serta penduduk di sini tidak dapat bersiap sedia daripada awal.

“Bagi menyelamatkan nyawa, saya redah air banjir yang semakin deras untuk ke pusat pemindahan walaupun keadaan yang uzur tetapi mujurlah air naik siang hari, jika malam, tentunya lebih merumitkan dan membahayakan penduduk di kawasan yang teruk dinaiki air,” katanya.

Sementara, ibu tunggal yang ditemui di pusat pemindahan tersebut, Che Senah Harun, 60 berkata, air di kawasan rumahnya naik sejak pagi tadi lagi menyebabkan dia segera ke pusat perpindahan tersebut.

“Saya segera pindah apabila air mula menaiki dua anak tangga rumah kerana bimbang air akan naik lagi seperti banjir sebelum ini,” katanya yang tinggal berdua bersama anak perempuannya, Hayati Harun, 29.

Sementara itu di KUALA KRAI, seramai 63 mangsa banjir daripada 17 keluarga masih berada di dua pusat —  sinar harian

 

PELIKNYA ENJIN JET BOLEH HILANG Disember 21, 2009

Difailkan di bawah: SEMASA — cikgunurionline @ 5:11 am
Tags: , , , , , ,

Salam perjuangan…

Kes kehilangan enjin jet pejuang TUDM ini mengingatkan saya kembali kepada kes kehilangan senjata milik ATM di dalam kem sendiri apabila isu maunah timbul dan berakhir dengan penangkapan beberapa orang suspek utama kejadian tersebut.  Nampaknya seperti kelakar tetapi itulah hakikat tahap keselamatan yang ditunjukkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Kehilangan enjin jet tersebut yang berharga RM 50 juta nampaknya tidak dipandang serius oleh pemimpin negara.  Apa tidaknya kehilangan duit berbillion ringgit dalam kes PKFZ pun tidak ada penyelesaian walaupun suspek telah di tangkap dan akan di dakwa.  Apalah nilainya harta negara yang berjumlah 50 juta bagi UMNO ??? Royalti minyak yang bernilai rm 2 billion milik kerajaan dan rakyat kelantan pun dinafikan dan diperbodohkan dengan pelbagai alasan. Apakah tidak ada kemungkinan rakyat akan diperbodohkan sekali lagi dengan pelbagai alasan untuk menutup penyiasatan dan mulut rakyat dari mengetahui kemana perginya enjin milik TUDM yang bernilai 50 juta jah ????

Walaupun hari ini PM menafikan usaha menutup kes tersebut tetapi bolehkah anda semua percaya ????

<!–

By: Ramjit

–>

PUTRAJAYA, 21 Dis (Bernama) — Kerajaan tidak berhasrat menutup kes kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berharga RM50 juta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia di Putrajaya Isnin.

 

KONVENSYEN PR KE ARAH MENAWAN PUTRAJAYA Disember 20, 2009

Difailkan di bawah: 1 — cikgunurionline @ 4:05 am

Salam perjuangan…

Saya terlebih dahulu mengucapkan syabas dan tahniah di atas keterbukaan semua pimpinan PAS,PKR dan DAP mengadakan konvensyen dan seterusnya menggariskan matlamat bersama demi merealisasikan cita-cita bersama untuk menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti. 

Konvensyen PR kali pertama ini yang dihadiri 1500 orang perwakilan dari ketiga-tiga parti utama yang diadakan di Auditorium MBSA telah berjaya meluluskan Dasar Pakatan Rakyat secara sebulat suara.

Ia diluluskan apabila semua perwakilan berdiri dan mengangkat tangan tanda setuju apabila ditanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan cadangan Lim Kit Siang.

(Gambar: Tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat menandatangani dokumen Dasar Pakatan Rakyat selepas diluluskan konvensyen)

Dokumen itu kemudiannya ditandatangani oleh tiga pemimpin utama Pakatan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.  Dasar Pakatan Rakyat berupa dokumen yang dipersetujui bersama di kalangan pimpinannya dan diluluskan sebulat suara dalam konvensyen hari ini.  Ia mengandungi empat perkara asas iaitu demokrasi yang telus dan tulen, memacu ekonomi berprestasi tinggi, keadilan sosial dan pembangunan insan dan hubungan persekutuan – negeri dan dasar luar negara.

Saya hanya mampu mengikuti detik yang bersejarah ini melalui media massa ingin merakamkan sekalung ucapan tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menjayakan konvensyen tersebut.  Saya juga berharap agar segala dasar dan resolusi yang dipersetujui akan dipatuhi oleh semua pihak dan diterjemahkan sebaik mungkin melalui jawatankuasa penyediaan mekanisme perlaksanaan dasar yang akan ditubuhkan kelak.

 

 

APABILA AJAL TIBA :Tiga sahabat berpimpin tangan mati lemas Disember 16, 2009

Difailkan di bawah: 1 — cikgunurionline @ 5:34 pm
Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my


Lokasi air terjun Sungai Pandan di Kuantan yang meragut nyawa tiga sahabat semalam.




KUANTAN – Hasrat lima sekawan untuk mandi bertukar menjadi kisah pilu apabila tiga daripada mereka mati lemas di air terjun Sungai Pandan di sini semalam.

Tiga mangsa yang terkorban ialah, S. Maten, P. Gunalan dan T. Vinod Kumar. Ketiga-tiga mangsa berumur 19 tahun.

Sebelum kejadian pada pukul 4.30 petang, ketiga-tiga mangsa dikatakan berpimpin tangan untuk turun mandi di kawasan air terjun itu.

“Sebaik turun ke dalam air, mereka terus tenggelam,” kata seorang saksi, Mohd. Yusoff Jihad, 41, ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Semasa itu, Yusoff memberitahu, dia sedang duduk di sebuah pondok tidak jauh dari kawasan air terjun.

“Saya pun terkejut dan tergamam apabila melihat ketiga-tiga mereka yang berpegangan tangan terus tenggelam sebaik masuk ke dalam air,” kata beliau.

 

Latest Issue of the Council of Succession. Disember 16, 2009

Difailkan di bawah: 1 — cikgunurionline @ 5:28 pm

By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, Dec 16 — All is not well within the Kelantan royal household as Tengku Muhammad Fakhry Petra, who is the Tengku Temenggung of the state, is seeking to challenge the validity of his elder brother, Tengku Muhammad Faris’s decision in removing him from the Council of Succession.

The Council of Succession (Majlis Perajaan Negeri) is responsible for determining who will succeed the Sultan of Kelantan in the future as the rightful ruler, and also whether there is a vacancy on the throne by reason of a prolonged absence from the State by the reigning Sovereign.

These provisions are spelled out under the second part of the Laws of the Constitution of Kelantan.

It is understood that Tengku Fakhry, the youngest of three princes, received a letter of termination dated Sept 16, 2009 from his elder brother, who is currently the Regent of Kelantan.

The letter states that Tengku Fakhry has been relieved of his duties as a member of the Council of Succession.

He was subsequently informed the termination was made on the orders of Tengku Faris, 35.

Also named in the application for judicial review are the state secretary; the state mufti; the Kelantan government; and four other members of the royal household. The state secretary is also secretary to the council.

The Kelantan prince is seeking to quash the decision of his elder brother on the grounds that the Regent’s decision cannot be exercised by him (Tengku Faris) and must be exercised personally by the Sultan himself.

Tengku Fakhry claims his brother acted beyond his powers as Regent, therefore opening an avenue to review his actions in the Court of Appeal.

Tengku Fakhry’s lawyer, K. Shanmuga had submitted a skeletal submission stating that his removal from the Council of Succession was unlawful as it was done in a “manner inconsistent with and contrary to Article 8 of the Federal Constitution, and in breach of the principles of natural justice.”

The decision was viewed as being objectively unfair as the Kelantan Prince was not given an opportunity to be heard, and no reason for the removal has been given to date.

Additionally, Tengku Fakhry is also seeking the annulment of Tengku Faris’ decision of appointing Datuk Haji Hashim Datuk Haji Yusoff; Datuk Tengku Hajah Salwah Al-Marhum Sultan Yahya Petra; Datuk Sukri Haji Mohamed; Datuk Haji Che Mohd Rahim Jusoh; and Kol. Dr. Mohammad Razin Kamarulzaman (being the 4th to 8th respondents) to the Council of Succession, on the grounds that their appointments are inconsistent with Article 7 of the Laws of the Constitution of Kelantan.

Tengku Fakhry filed the application for judicial review on Dec 1 to challenge the regent’s decision to dismiss him on Sept 16.

Tengku Faris was appointed as the Regent on May 25, 2009, as the Sultan of Kelantan, Sultan Ismail Petra has been critically ill since May and is currently undergoing treatment in Singapore.

It is said that the Sultan now appears to be recovering from his illness. Earlier today, Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat said the state government would be bringing the Sultan back for further treatment in a local hospital, pending medical tests on his condition.

Tengku Fakhry has attested that the regent’s right as the heir to the throne can be challenged because the Council of Succession supposedly has the right in determining the next ruler.

Senior Federal Council (SFC) Datin Azizah Nawawi is challenging the application on the grounds the regent’s action cannot be tried in court.

Judicial Commissioner Mohamad Ariff Md. Yusof has fixed Dec 31 to decide whether the young prince’s application for judicial review will proceed.

 

Saya Belum Sedia Ganti Nik Aziz Sebagai MB – Ahmad Disember 16, 2009

Difailkan di bawah: 1 — cikgunurionline @ 5:15 pm

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini dengan tegas menyatakan bahawa beliau belum bersedia untuk menggantikan kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malah menurutnya, sekiranya benar-benar dipilih menggantikan Nik Abdul Aziz, ia sebagai satu tanggungjawab besar yang sukar digambarkan.

“Bukan soal terima atau tidak, ini adalah soal tanggungjawab yang cukup besar… ia bukan perkara main-main.

“Saya sendiri rasa begitu kerdil dan tak berkemampuan untuk lakukan seperti yang telah dilakukan oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz) selama ini bagi membangunkan Kelantan,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang membayangkan bahawa beliau akan mewarisi kepimpinan di negeri itu berdasarkan hirarki kedudukannya sekarang.

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, Ahmad sebagai pelapis nombor satu kepimpinannya.

Sebelum ini timbul beberapa spekulasi berhubung pengganti yang layak bagi menggantikan menteri besar itu.

Polemik isu semakin hangat selepas Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mencadangkan agar Nik Abdul Aziz mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam Pas negeri.

Bagaimanapun menurut Ahmad, beliau menyifatkan kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang menamakan dirinya sebagai pengganti kepimpinan di Kelantan hanya sebagai kiasan.

“Benarkah Tok Guru cakap macam tu? Tapi bagi saya itu hanya kiasan Tok Guru sahaja.

“Tok Guru cakap macam itu berdasarkan kedudukan saya sekarang sebagai orang nombor dua, saya timbalannya sekarang.

“Tak berbangkitlah isu-isu macam ini, kita masih memerlukan Tok Guru menerajui Kelantan,” katanya.

Selain Ahmad, dua lagi nama yang sering disebut-sebut mungkin dipilih menggantikan Nik Abdul Aziz ialah Mohd Amar dan seorang lagi exco Kelantan iaitu Datuk Husam Musa.

Ketiga-tiga mereka juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan.

http://mstar.com.my

 

CUBAAN PR UNTUK TOLAK BAJET NAJIB GAGAL Disember 16, 2009

Difailkan di bawah: POLITIK — cikgunurionline @ 5:08 pm
Tags: , , ,

Parlimen 16 Dis : Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri pada 23 Oktober lalu disabotaj MPnya sendiri apabila undi belah bahagian yang dijalankan pada malam hari Selasa hanya sekadar menang dengan satu undi sahaja sedangkan majoriti mudah BN di Dewan Rakyat sepatutnya lebih 20 undi.

Siapa sabotaj siapa? Diketuai Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting, Ong Ka Chuan, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri BN memandang mudah perjalanan Dewan Rakyat. Mereka ini hanya hadir ke dewan sewaktu pembentangan sahaja. (Kerana hanya beberapa orang Menteri dan timbalan menteri yang kelihatan)

Di mana Si Khairy waktu itu. Mungkin beliau ada alasannya tersendiri merayakan kejayaan bolasepak di Laos.

Begitu juga di sebelah pembangkang, Kenapa Ketua Whip PKR iaitu MP Gombak (buat kerja apa), MP Bandar Tun Razak (MB Selangor), Lembah Pantai (Luar Negara), Hulu Selangor (masalah kesihatan), Bayan Baru ? dan Kapar.

Pihak PAS pula yang tidak hadir Pokok Sena (Luar Negara), Kuala Krai (bergegas balik kawasan), Baling (kuliah maghrib), Hulu Langat (program kawasan), Parit Buntar (program kawasan)

Manakala DAP pula: Bukit Gelugor, Puchong (digantung setahun), Bagan (Ketua Menteri), Seputeh (Exco Selangor) dan lain-lain,

Masing-masing ada alasan yang kesemuanya menyesal. Peluang terbuka luas untuk Pakatan Rakyat, tetapi tidak diambil kesempatan. Peristiwa sebegini tidak akan berlaku lagi pada masa depan kerana mulai semalam timbalan menteri telah diarahkan oleh PM supaya sentiasa berada di Dewan Rakyat.

Nota: (dalam kurungan) – alasan semata-mata.

Berita terdahulu:
Kira-kira pukul 11 malam tadi di Dewan Rakyat, Barisan Nasional (BN) melalui saat paling mencemaskan apabila jumlah undi diperoleh untuk meluluskan Bajet 2010 terlalu tipis.

Ia berikutan kehadiran Ahli Parlimen BN yang mengecewakan sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa bergegas ke Parlimen untuk turut serta mengundi.

Ada yang menyifatkan saat tersebut sebagai cabaran paling getir bagi BN kerana implikasinya terlalu besar jika bajet itu gagal diluluskan.

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berdasarkan konvensyen bagi sebuah negara berparlimen, sekiranya bajet itu tidak diluluskan malam tadi, kerajaan BN terpaksa dibubarkan dan satu pilihan raya baru terpaksa diadakan.

“Ini juga bermakna kerajaan tidak akan mendapat perbelanjaan yang dibentangkan baru-baru ini kerana Dewan Rakyat tidak meluluskannya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Parlimen hari ini.

Dalam sesi pengundian belah bahagian itu, BN berjaya mengatasi pembangkang sebanyak tiga undi (66-63) – membolehkan Bajet 2010 akhirnya diluluskan. – petikan dari blog jiwa kelate

 

AMARAN BANJIR SETERUSNYA Disember 15, 2009

Difailkan di bawah: SEMASA — cikgunurionline @ 3:26 pm
Tags: , ,

Salam perjuangan…

Saya sempat mendengar radia kelantan pagi tadi katanya esok di jangka hujan lebat bermula di Kelantan dan seterusnya mengakibatkan banjir kali ke seterusnya.  Kawasan pantai Timur Semenanjung akan  terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut berikutan angin kencang Timur Laut yang diramalkan bermula esok sehingga Selasa depan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini amat berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti sukan dan rekreasi laut, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) hari ini.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Tioman (Pahang dan Johor Timur), Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (Pantai Barat dan Kudat) dan Palawan.

JMM mengekalkan nasihat amaran hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka turun dari semasa ke semasa di Kelantan bagi daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, Terengganu bagi daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman dan Pahang bagi Kuantan dan Pekan mulai malam esok sehingga Sabtu depan. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing sungai.

Saya teringat kisah silam di mana banjir terbesar yang saya sendiri alami ialah pada tahun 1988 iaitu tahun saya menduduki SPM. Ketika itu paras air di atas rumah saya ialah di paras lutut.  Jiran-jiran terdekat yang mengalami kenaikan air sudah berpindah tetapi Allahyarhamah Ibu saya bertegas tidak mahu pindah dan beralih tempat di atas meja.  Saya dan abang tidak mampu memaksa beliau untuk berpindah. Saya dan abang di arah oleh beliau berpinah ke rumah kakak di tempat yang lebih tinggi.  Seingat saya itulah paras air yang paling tinggi melanda rumah saya.  Sekarang paras air tidak setinggi itu walaupun negeri Kelantan di landa banjir berulangkali.  Pada tahun 2005 saya telah meninggikan tapak rumah di sebelah rumah saya yang dulu untuk mendirikan sebuah rumah saya sendiri. Pada penghujung tahun 2008 saya telah mendirikan rumah dahulu dengan lantainya lebih tinggi dari dahulu.  Alhamdulillah sekarang air yang melanda sudah tidak seperti dulu lagi. Syukur kepada Allah SWT dan mungkin juga keberkatan kepimpinan Ulamak di Kelantan.