Assalamulaiakum wrt. wbt.

Kembali lagi menulis setelah sekian lama meninggalkan alam blogger. Alam siber kini pantas berubah sehingga Facebook, Twitter, instagram menjadi medium utama untuk berkongsi pendapat berbanding blog. Namun saya gagahi juga untuk menulis pandangan personal saya mengenai isu-isu semasa negara yang berlaku….

Bermula 2018 hingga 2021 telah 3 kali Perdana Menteri Malaysia bertukar dari PM7(PH), PM8(PN) dan terkini PM9(PBN).

Kali ini PM9 DSIS mengetengahkan konsep Keluarga Malaysia sebagai trademark dan nampaknya mendapat reaksi yang positif dari semua masyarakat termasuk Pembangkang.

Kabinet yang diumumkan sebahagian besarnya muka-muka lama yang terbukti berprestasi tinggi untuk memacu Pelan Pemulihan Negara yang telah diumumkan oleh PM8 TSMY. Hanya segelintir muka baharu yang berkelayakan untuk mengisi tempat dan telah diperkenankan oleh YDPA.

Apa yang positifnya dari krisis kepimpinan negara dalam sebulan dua ini ialah 3 parti melayu Islam yang terbesar iaitu PAS, UMNO, BERSATU telah dapat bersemuka dan berbincang untuk mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi dan terbuku di dalam dada.

Semoga muafakat yang terbentuk ini akan kekal dan berterusan khususnya untuk berhadapan dengan PRU15 dan kembali menawan Putrajaya dengan majoriti yang lebih besar tetapi masih saling bergantung di antara satu sama lain. ibarat kata Yang Berat Sama di Pikul, Yang Ringan Sama Di Jinjing.

Pada pandangan saya secara peribadi ialah tempoh 100 hari pertama untuk menilai keberkesanan dan kualiti setiap kementerian berserta Menteri dan Timbalan Menteri yang di lantik adalah tempoh yang munasabah. Jika gagal maka sepatutnya rombakan kabinet dilakukan dan jika berjaya maka boleh diteruskan.

Tiga fokus utama kerajaan sementara ini ialah Kesihatan, Ekonomi, Keselamatan Rakyat selain kestabilan politik negara. Masa yang terhad ini hendaklah dimanafaat semaksima mungkin sebagai persediaan menghadapi PRU15.

Akhirnya saya berdoa ke hadrat Allah SWT semoga Kerajaan yang baharu di bentuk ini mampu bertahan sehingga kesihatan rakyat akibat pandemik Covid19 mencapai herd immunity 80% dan lebih banyak sektor ekonomi dapat di buka.