ASSALAMUALAIKUM…
SALAM PERJUANGAN..

Alhamdulillah, Tahniah kepada Majlis Fatwa Kebangsaan saya rakamkan khas kerana berani mengeluarkan Fatwa Pengharaman Yoga baru-baru ini. Sudah di jangka pula…banyak tentangan daripada NGO-NGO, golongan non-muslim dan juga golongan muslim sendiri yang melompat2 marahkan Majlis Fatwa.

Lagi dahsyat…isu ini disensasikan pula oleh TV, akhbar dengan ramuan & perisa secukupnya. Maka, tidak semena-mena institusi fatwa negara dibicarakan seolah-olah tidak lagi relevan, dan menyusahkan rakyat yang berbilang kaum. Hakikatnya, mereka sebenarnya tidak faham terhadap kandungan fatwa dan hakikat Yoga itu sendiri. Semua ini adalah akibat daripada liputan caca merba oleh media ‘kebanggaan’ negara kita seperti RTM, TV3 & Utusan Malaysia.

Manakala, sudah tentunya pula ianya mengundang juga niat jahat golongan tertentu untuk menyerang  institusi berautoriti Islam dan hanya menunggu peluang dan ruang untuk menyerang habis-habisan.

Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa dengan cukup jelas. Yoga menjadi haram apabila ia diamalkan bersama-sama dengan unsur kebatinan, spiritual dan mantera yang tidak difahami serta pemujaan kepada unsur selain ALLAH SWT. Manakala jika hanya melibatkan pergerakan fizikal sahaja maka ia tidaklah menjadi haram. Ini yang dijelaskan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan , Prof Datuk Dr Shukor Husin. Maka, jelas di sini bahawa, jika senaman tersebut bebas daripada unsur kebatinan maka umat Islam boleh beramal dengannya.

yoga

gambar hiasan

Fatwa ini bukanlah baru. Bahkan ia meliputi seni mempertahankan diri juga. Silat umpamanya. Namun, jika silat tersebut tiada unsur-unsur seperti yang dikatakan di atas, ia bebas untuk diamalkan.

JELAS BUKAN??

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan harus dijunjung, DI SUSULI pula dengan siri-siri penerangan haruslah dibuat agar semua umat manusia tidak mempunyai kefahaman yang salah terhadap Islam. Sikap sentiasa ingin berkelahi seperti yang ditunjukkan oleh NGO tertentu seperti Sisters in Islam (SIS) tidaklah menbantu di dalam meredakan isu ini.

Sedikit fakta yg berguna :-

1) Jika dilakukan kajian, analisa dan perbandingan antara solat dan amalan kesihatan yang lain, ternyata pergerakan dalam solat lebih bermutu dan menyeluruh. Ianya merangkumi kesihatan emosional, intelektual dan fizikal.

2) Tahukah kita bahawa, bukan sekadar Yoga sahaja diharamkan. Sepatutnya, Program Senaman di Rancangan Selamat Pagi Malaysia pun patut diharamkan kerna secara terangan pelatihnya mendedahkan aurat secara terang-terangan.

Akhirul kalam, semoga kita semua dan seluruh umat Islam amnya meningkatkan pemahaman agama dan perihatin terhadap apa yang dilakukan dalam aktiviti seharian mereka supaya kita semua tidak terjebak dalam unsur yang bertentangan dengan lunas2 akidah, syariah dan akhlak.

Wallahua’lam